Friday 22 March 2013

Taubat, Sesungguhnya

taubat
Taubat, taubat dan taubat.
Photo credit to : pintu taubat by ~ idesegar (devianart)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
.
Suatu hari~
Abang : Adik buat apa tu?
Adik : Fikir.
Abang : Berfikir? Haih.. hari dah mendung ni. Jom masuk.
***
Abang : Adik tengah fikir lagi ke?
Adik : Aah.
Abang : Tapi… abang tengok adik ni macam bukan berfikir je. Risau mungkin.
Adik : Hmmm… dua-dua.
Abang : Kantoi. Ha! Cuba cerita dekat abang apa yang menyebabkan adik jadi macam ni?
Adik : Sebenarnya…
***
Abang : Ok. Ambil masa, kita tarik nafas sama-sama. Lepas tu, kita hembus perlahan-lahan. Tenangkan diri. Kalau rasa dah ok, luahkan je.
Adik : Erm… adik takut.
Abang : Takut? Adik takutkan apa sebenarnya? Hantu ke? Atau ibu dan ayah?
Adik : Bukan. Itu semua ok. Cuma adik takutkan yang satu ni.
Abang : Apa dia?
Adik : Hari kita berjumpa dengan Allah.
Abang : Ok. Abang kurang jelas.
Adik : Ye la. Bukankah dosa itu yang membuatkan seseorang itu gelap (tidak nampak) pada hari kemudian? Jadi, macam mana nak jumpa dengan abang, akak, ibu, dan ayah? Macam mana nak jumpa dengan Rasulullah? Macam mana nak masuk syurga Allah?
 Abang : Astagfirullah…
The End~
.
Titik hitam (dosa). Semua orang layak ada. Namun, adakalanya ia sukar dibersihkan akibat terlena daripada alam dunia. Semalam kita berdosa. Hari ini pula, sama. Esok, kemungkinan juga ada. Semuanya antara sedar mahupun tidak. Sengaja, atau tidak.

Taubat.

Tidak perlu tunggu sampai seru. Seruan itu, sentiasa menyeru. Diri, antara mampu mahu atau mampu tidak mahu. Kembalilah kepada fitrah asalmu. Bukankah itu yang engkau mahu?
“Sesungguhnya Allah itu, mencintai orang yang sering bertaubat, dan menyucikan diri” Surah Al-Baqarah ayat 222.
Kita tidak berhak menunda-nunda taubat, dengan berpegang pada kemurahan Allah, rahmat dan ampunan Allah. Allah memang Maha Pemurah, tetapi Allah juga Maha Perkasa, Maha Hebat siksa-Nya. Kita harus sedar, bahawa maut boleh  menjemput kita bila – bila masa sahaja.
“Tunjukkanlah kami ke Jalan yang lurus.” (Al-Fatihah:6).
Iaitu jalan yang dilalui oleh para salafus soleh, para pengikut anbiya’, sahabat, dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan setia hingga hari kiamat kelak.
Sesungguhnya, Tuhan Yang Maha Esa itu sentiasa bersama kita!
.

No comments:

Post a Comment