Thursday 10 January 2013

Bisikan aty

Assalamualaikum kepada semua yg sudi membaca.... Sebagai seorang wanita, aku ingin dihormati selayaknya , dihargai sebaiknya , disayangi selembutnya malah dikasihi seadanya. Aku juga punya harga diri walaupun lemah , punya kekuatan walaupun dalam kerapuhan jiwa, juga punya perasaan walaupun sering terluka. Aku juga punya kesabaran walaupun tercalar . Aku inginkan kemuliaan dan kemasyhuran yang abadi dan hakiki bukan yang sia-sia tiada erti . Bukan di dunia tetapi di Taman Syurga Allah swt .. Kali ini , ingin aku berbicara tentang kaum Hawa pada masa kini...sama2 lah kita menghayati Firman ALLAH dalam Surah Al Ahzab ayat 59 ini... "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan dan isteri-isteri orang mukmin (yang benar-benar beriman), hendaklah mereka menghulurkan jilbab-jilbab mereka keseluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih dikenali, kerana mereka tidak diganggu, dan Allah maha pengampun lagi maha Penyayang" Jika diteliti beberapa perkara yg dikaitkan dgn wanita, amat jelas masalah aurat adalah masalah utama yang menyebabkan sebilangan besar golongan wanita di azab oleh ALLAH di dlm neraka, tetapi masalah ini juga lah yg paling susah hendak diterima oleh wanita....persoalannya skrg ,apakah mereka menutup aurat kerana memenuhi tuntutan Islam sebagaimana yg diperintahkan oleh ALLAH di dlm Al-Quran atau sekadar berfesyen atau meniru ataupun sekadar melepas batuk di tangga? kalau itu adalah tujuannya, mereka masih terdedah kepada azab ALLAH atau masih jahil atau buta agama.. Contoh paling ketara yg dpt dilihat ialah apabila berada di laman sosial...ramai yg tidak sedar ketika mereka memasukkan gmbr-gambar di laman sosial sehingga menjadi tatapan ribuan lelaki-lelaki ajnabi...aku tahu..semua wanita ingin tampil cantik dan suka dipuji..kerana aku juga wanita..♥ "aku juga mempunyai hasrat seperti wanita-wanita lain yg snap gambar cantik-cantik, dan comel-comel dgn pelbagai gaya...bila aku keluar, aku pun turut snap gmbr comel2...tapi aku takut..aku takut ALLAH...tak sanggup nk masukkan dlm fb...aku takut ALLAH tak suka dan murka..dan aku juga takut kalau2 bakal suami aku tak redha dgn diri aku...Allahurabbi.." Namun aku juga turut bimbang tentang diri ku sendiri..aku bimbang Ya Rabb...jika aku mengaku akan manisnya zikir, walhal aku masih cintakan dunia..bimbang bila aku mengaku ikhlas beramal, walhal aku masih suka penghormatan manusia pada ku...bimbang bila aku mengaku cinta Mu Ya Khalik, walhal aku masih mengikut nafsu...;( Ya Rahman Ya Rahim..jgn sesekali kau serahkan diriku pada diriku sendiri, lindungi aku...Amin ya rabb... Aku ada membaca pesanan dari Syeikh Ahmad Yassin iaitu ketua dan pengasas Hamas di mana ia ditujukan kepada semua pemuda pemudi... Antaranya ialah : 1) Wahai anak-anakku telah tiba masanya kau kembali ke jalan ALLAH SWT dengan meninggalkan segala keseronokan dan kealpaan kehidupan jauh dari kehidupan kamu.Telah tiba saatnya kalian bangun melakukan solat subuh berjemaah. Sudah sampai masanya kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia,mengamalkan kandungan AlQuran serta mencontohi sunnah Ra sulullah saw. 2)Aku menyeru kamu wahai anak-anakku,supaya solat awal pada waktunya.Lebih dari itu aku mengajak kamu mendekati diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung. 3)Wahai pemuda aku ingin kamu menyedari makna tanggungjawab.Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah.Aku menyeru kamu untuk menghadap Allah s.w.t dan memohon keampunan daripadanya agar Dia memberikan rezeki yang berkat kepadamu.Aku berpesan kepadamu supaya menghormati org yang lebih tua dan menyayangi org muda. 4)Aku ingin kamu tidak tertidur dengan alunan muzik yang melalaikan.Melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal,kerja dan zikir kepada Allah swt.Wahai anak-anakku aku amat berharap kamu tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus kedalam arus syahwat. 5)Wahai puteriku,aku ingin kamu berjanji kepada ALLAH SWT,akan mengenakan hijab secara betul dan jujur.Aku meminta kamu berjanji kepada Allah swt,bahawa kamu akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia.Jadikanlah ibunda kamu Khadijah dan Aisyah sebagai teladan.Jadikan mereka sebagai pelita hidup.Haram hukumnya bagi kamu untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian. Di sini, aku yg hina ini ingin menyeru kepada diri sendiri terutamanya, dan juga kepada pembaca-pembaca sekalian agar sentiasa muhasabah diri dari masa ke masa..sama-samalah kita memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi keimanan kita lebih2 lagi dalam mengerjakan amal ibadah kepada ALLAH..dan semoga kita sentiasa berada di dalam keredhaan Nya... ♥♥♥cinta dan kasih sayang manusia hanyalah setitis jika dibandingkan dgn selautan cinta dan kasih sayang ALLAH.. sekiranya engkau kehilangan yg setitis itu, ia tidak menjejaskan kehidupanmu selagi yg selautan itu masih kau milik♥♥♥..