Sunday 16 February 2014

Gambar saddam & eira,dan kawan-2

Assaalamualaikum .. hai korang ni gambar kami ...macam cantik jerr,macam hensem jerr .. bhahaha .. alolo gurau je .. hikhik

Bahagia dapat gambar dy bagi muah setepek :*


Saddam & Eira

Ini kawan Saddam & Eira

hihik Time pergi KBM bersama Saddam

Tarikh Kami Jumpa untuk first Time


saya tetap sayang awk selalu sayang

assalamualaikum .. hai awak .. Saddam B Shabir ,ini saya punya boyfriend.. saya harap hubungan kami kekal sampai kami tutup mata .. awak ,saya sayang dia .. Apapun masalah kami,kami akan terus settel dah xpayah tunggu beberapa hari baqu nak settel .. kami xsuka gaduh lama2.. lagipun saya langsung tak boleh tunggu lama kalau ada masalah .. settel awal baqu boleh hidup .. saya sangat rindu dia.. walaupun dia jauh ,tapi saya merasa dy selalu dekat dgn saya.. Btw sayang, saya selalu doakan yang terbaik untuk hubungan kita DEAR,, Dulu saya memang langsung tak leh terima dy,sbb dy selallu sibuk dgn kerja dy sampai abaikan saya.. tapi sekarang alhamdulilah saya boleh terima.. sebab dy lakukan semua tu untuk keluarga dy,mybe jugak saya .. sayang maafkan saya selama ni bersangka buruk terlalu memikir kecemburuan saya terhadap awak pada orang lain.. thanks sayang awk telah membuat saya sedar dan terus bangun dari kesilapan saya.. sayang saya cuba untuk tak call awak n mesej awak,tapi hanya untuk 2 Hari je saya boleh bertahan .. tapi thanks sayang .sebab awk hantar mesej dahulu sebelum saya.. saya rase happy sangat gemok .. sayang balik lah kelantan nanti cuti ,boleh kita jumpa,keluar sama2, saya masih rindu masa pertama kali saya jumpa awak.. awak tunaikan lah permintaan saya Jika saya tidak pergi Pahang,, nanti kalau saya pergi pahang awak pulak yang balik negeri sembilan tinggalkan saya sorang-2.. sedih tau.. sayang ,selama ni zaki banyak memberi pesanan pada saya,dy selalu pesan supaya saya tak jeles melampau,dia selalu cakap awk memang seorang yang setia,awak memang seorang yang baik hati,awak seorang yg suka tolong orang.. tapi Alhamdulilah semua tu saya boleh kawal..saya bukan nak cakap pasal zaki kat sini.tapi saya nak cakap pesanan dy pada saya .. thanks sebab kenalkan saya pada zaki n haziq.. sayang ,kawan yang saya pernah bawa jumpa awk semua tu kawan baik saya sayang .. awak tak perlu lah bimbang,kalau saya keluar mybe dengan yuni,farina,atau ain  .tak de dah kawan yg dekat dgn saya dah kecuali dorang .. awak setiap detik,setiap masa,setiap minit,setiap jam,setiap hari,setiap minggu,setiap bulan,setiap tahun saya tetap akan sayang awak sampai tutup mata.blogger saya biase2 jerr.. ini saya ceritakan isi hati saya pada orang yang saya sayang selain family .. 1st family.. sayang setakat ini je lah saya menaip sebab nak pergi masak pulak nanti awak balik ,saya akan hubungi awak,, bye sayang .. I Love You Forever .. Assalamualaikum



''Kekuantan Tidak Datang Dari Kemampuan Fizikal,Tetapi Ia Datang dari Semangat Tidak Pernah Mengalah''

''Man Jadda Wajada'' ,
''Sesiapa Yang Berusaha,Dia Berjaya''

Saturday 25 May 2013

Memori Sekarang (8GP)

Hey ! Morning Gurls and boy ..

Korang sehad ? maaf  ye saya tak dapat nak update blog ni .. Harap maklum la sekarang ni dok Form 6 susah la sikit .. kerja Pa,SJ ,Geo , MUet pun banyak lagi sekarang ,,. At least saya mnx maaf kalau tak berkesempatan untuk tegur korang .. Korang, saya harap korang dlam keadaan baik-2 aje okey ..
saya kat sini okey-2 je korang tak perlu bimbang  ..

semalam pergi terengganu ,aish balik-2 buat hal .. Habis orang sakit kerana memakan makanan kat kenduri kahwen hari jumaat .. sampai saya demam ..
huhu ...

tengok ni muke happy budak ni .. xla comey sgt cume boleh la sederhana dgn orang ramai ni kan .. walaupun agak malu sikit :P

                               hey ! korang ,ni la budak yang xseberapa comey ..hanya biase2 je ..


Saturday 23 March 2013

Kisah Cinta Pohon Epal.

pohon epal
pohon epal

Pohon epal

Suatu ketika, hiduplah sebatang pohon epal besar dan kanak-kanak lelaki yang suka bermain-main di bawah pohon epal itu setiap hari.

Kanak-kanak itu suka memanjatnya hingga ke pucuk pohon, memakan buahnya, tidur dibawah keteduhan rendang daun-daunnya.

Kanak-kanak lelaki itu sangat sayangkan pohon epal itu.

Demikian juga pohon epal sangat sayang kepada kanak-kanak kecil itu.

Waktu terus berlalu.

Kanak-kanak lelaki itu kini telah dewasa dan tidak lagi bermain-main dengan pohon epal  itu setiap hari, seperti kebiasaannya.

Suatu hari dia mendatangi pohon epal itu.

Wajahnya nampak sedih.

“Mari ke sini bermain-main lagi denganku” kata pohon epal itu.

Aku bukan anak kecil yang bermain-main dengan pohon lagi” jawab kanak-kanak lelaki itu.

“Aku ingin sekali memiliki mainan, tetapi aku tiada wang untuk membelinya.”

Pohon epal itu menyahut, “Erm, maaf aku pun tiada wang.. Tetapi kamu boleh mengambil semua buahku dan menjualnya. Kamu boleh mendapatkan wang untuk membeli mainan idamanmu”

Kanak-kanak lelaki itu sangat gembira. Dia memetik semua buah epal yang ada di pohon dan pergi dengan penuh suka cita.

Namun, setelah itu kanak-kanak lelaki itu tak pernah datang lagi. Pohon epal itu kembali sedih.

Suatu hari kanak-kanak lelaki itu datang lagi.

Pohon epal sangat gembira melihatnya datang.

“Mari bermain-main denganku lagi” kata pohon epal.

“Aku tiada waktu” jawab kanak-kanak lelaki itu.

“Aku harus bekerja untuk keluargaku. Kami memerlukan rumah untuk tempat tinggal. Mahukah kau menolongku?”

“Maaf aku pun tidak memiliki rumah. Tetapi kamu boleh menebang semua dahan rantingku untuk membina rumahmu” kata pohon epal itu.

Kemudian anak lelaki itu menebang semua dahan dan ranting pohon epal itu dan pergi dengan gembira.
Pohon epal  itu juga merasa bahagia melihat anak lelaki itu gembira. Tetapi anak lelaki itu tak pernah kembali lagi.

Pohon epal itu sekali lagi merasa kesepian dan sedih.

Pada suatu musim panas, anak lelaki itu datang lagi.

Pohon epal merasa sangat gembira menyambutnya.

“Jom bermain-main lagi denganku” kata pohon epal.

“Aku sedih” kata anak lelaki itu.

“Aku sudah tua dan ingin hidup tenang. Aku ingin pergi bersiar-siar dan berlayar. Mahukah kamu memberikan aku sebuah kapal?”

“Maaf aku tidak mempunyai kapal, tetapi kamu boleh memotong batang tubuhku dan menggunakannya untuk membuat kapal yang kau mahu. Pergilah berlayar dan bersenang-senanglah “

Kemudian, anak lelaki itu memotong batang pohon epal itu dan membuat kapal yang diidamkannya.
Dia pun pergi berlayar dan tidak pernah lagi datang menemui pohon epal itu.

Akhirnya, anak lelaki itu kembali  setelah bertahun-tahun kemudian.

“Maaf anakku” kata pohon epal itu.

“Aku sudah tidak memiliki buah epal lagi untukmu.”

“Tak apa. Aku pun sudah tidak memiliki gigi untuk mengigit buah epalmu” jawab anak lelaki itu.

Aku juga tidak memiliki batang dan dahan yang boleh kau panjat” kata pohon epal.

“Sekarang, aku sudah terlalu tua untuk itu semua”  jawab anak lelaki itu.

“Aku benar-benar tidak memiliki apa-apa lagi yang dapat aku berikan padamu. Yang tinggal hanyalah akar-akarku yang sudah tua dan sekerat ini” kata pohon epal itu sambil menitikkan air mata.

“Aku tidak memerlukan apa-apa lagi sekarang” kata anak lelaki itu.

“Aku hanya memerlukan tempat untuk berehat. Aku sangat penat setelah sekian lama meninggalkanmu”

“Oooh, bagus sekali. Tahukah kamu, akar-akar pohon tua adalah tempat terbaik untuk berbaring dan beristirehat. Mari, marilah berbaring di pelukan akar-akarku dan berehatlah dengan tenang.”

Anak lelaki itu berbaring di pelukan akar-akar pohon.

Pohon epal itu sangat gembira dan tersenyum sambil menitiskan air matanya.

Apa yang dapat kita ambil dari cerita tersebut adalah ini adalah tentang cerita kita semua
Pohon epal itu adalah ibu bapa kita.

Ketika kita muda, kita senang bermain-main dengan ayah dan ibu kita.

Ketika kita semakin besar, kita meninggalkan mereka (seperti sekolah yang jauh dan universiti), dan hanya datang ketika kita memerlukan sesuatu atau dalam kesulitan.

Tidak peduli apa-apa pun, ibubapa kita akan selalu ada untuk memberikan apa yang dapat mereka berikan untuk membuat kita bahagia.

Kita mungkin berfikir bahawa anak lelaki itu telah bertindak sangat kasar terhadap pohon itu,
Tetapi kadangkala tanpa kita sedari begitulah sikap kita terhadap orang tua kita.

Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.

Orang inilah, rela melakukan apa sahaja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, lihatlah ayah dan ibu anda  ketika sedang tidur. Bagaimana jika saat kita jauh tidak disampingnya, kita tak dapat lagi melihatnya kerana mereka sudah tidur untuk selamanya.

Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat
Betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan mereka ini untuk kebahagiaan anda.

Cintailah mereka kita, dengan sebenar-benarnya cinta

Ucapkan pada ibubapa kita sekarang, betapa kita mencintainya; dan berterima kasih atas seluruh hidup yang telah dan akan diberikannya pada kita.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok hari mereka “orang-orang dikasihi itu” tidak lagi membuka matanya, selamanya..

Aduhai ayah, ibu… terima kasih engkaulah pelita dalam hatiku..
Ya Allah Ya Ghaffar
Tak kuasa lagi aku merangkai kata ini…
Dan hanya permohonan dari lubuk hatiku yang penuh noda dan dosa dengan rahmatMu yang meliputi segala sesuatu Kasihanilah aku dan kedua orang tuaku…
Demi RahmatMu yang mendahului murkaMu, daku bermohon, ampunilah dosa kedua orang tuaku
Duhai Zat yang selalu mendengarkan jeritan inilah daku yang merendahkan diri dihadapanMu. 
Amin

Ibu Yang Sekuat Seribu Lelaki

ibu
ibu

Di sebuah masjid di perkampungan Mesir, suatu petang. Seorang ustaz sedang mengajarkan murid-muridnya membaca Al-Qur’an. Mereka duduk melingkar & berkelompok. Tiba-tiba, masuk seorang anak kecil yang ingin menyertai di lingkaran mereka. Usianya kira-kira 9 tahun. 

Sebelum menempatkannya di satu kelompok, ustaz itu ingin tahu kemampuannya. Dengan senyumnya yang lembut, dia bertanya kepada anak yang baru masuk tadi, ” ada ayat  yang kamu hafal dalam Al-Qur’an?” 

“Ya,” jawab anak itu singkat.

” Kalau begitu, cuba bacakan salah satu ayat dari juz ‘Amma?‘ pinta ustaz

Anak itu mengalunkan beberapa ayat, fasih & betul tajwidnya. Merasa anak tersebut mempunyai kelebihan, guru itu bertanya lagi,“Adakah kamu hafal surah Tabaraka?” (Al-Mulk) 

“Ya,” jawabnya lagi, & segera membacanya. Baik & lancar. Ustaz itu pun kagum dengan kemampuan hafazan si anak kecil itu, meski usianya  lebih muda berbanding  murid-muridnya yang ada.
Dia pun cuba bertanya lebih jauh, “kamu hafal surat An-Nahl?”
 
Ternyata anak kecil itu  menghafalnya dengan sangat lancar, sehingga kekagumannya semakin bertambah. Lalu ustaz itu pun cuba mengujinya dgn surah-surah yang lebih panjang. 

“Adakah kamu hafaz surat Al-Baqarah?” 

Anak kecil itu kembali mengiyakan dan  membacanya tanpa sedikitpun kesalahan. Dan ustaz itu semakin teruja dengan pertanyaan terakhir, “Anakku, adakah kamu menghafal Al-Qur’an ?”

“Ya,” jawabnya dengan jujur. 

Mendengar jawapan itu, seketika ustaz itu mengucapkan, “Subhanallah wa masyaallah,tabarakkallah”
Setelah  hari itu menjelang maghrib, sebelum ustaz tersebut menamatkan kelas mengaji, secara khusus dia berpesan kepada murid barunya,” Esok, kalau kamu datang  ke masjid ini, tolong ajak juga ibubapa mu. Ustaz ingin berkenalan dengannya”. 

Esok harinya, anak kecil itu kembali datang ke masjid. Kali ini dia bersama ayahnya, seperti pesan ustaz kepadanya. Melihat ayah dari anak tersebut, si ustaz bertambah kaget kerana gayanya tidak langsung seperti orang alim, kehormat & pandai.

Belum sempat dia bertanya, ayah si anak sudah menyapa terlebih dahulu, “Saya tahu, mungkin ustaz tidak percaya bahawa saya ini adalah ayah dari anak ini. Tapi rasa hairan anda akan saya jawab, sebenarnya disebalik anak kecil ini ada seorang ibu yang sekuat seribu lelaki.  Dirumah, saya masih mempunyai 3 anak lagi yang semuanya hafal Al-Qur’an. Anak perempuan saya yg kecil berusia 4 tahun, dan sekarang sudah menghafal juz Amma”.

“Bagaimana si ibu itu boleh lakukan itu?” tanya si guru tanpa boleh menyembunyikan kekagumannya.”
Ibu mereka, ketika anak-anak itu sudah pandai bercakap, si ibu membimbing anak kami menghafal Al-Qur’an dan selalu memotivasi mereka melakukan itu. Tak pernah berhenti dan tak pernah bosan. Dia selalu katakan kepada mereka,
“Siapa yang hafal lebih dulu, dialah yang menentukan makan malam ini,
“Siapa yang paling cepat mengulangi hafalannya, dialah yang berhak memilih ke mana kita boleh bersiar – siar nanti”

Itulah yang selalu dilakukan ibunya, sehingga tercipta semangat bersaing dan berlumba-lumba antara mereka untuk memperbanyak dan mengulang-ulang hafalan Al-Qur’an mereka,” jelas si ayah memuji isterinya.

Sebuah keluarga biasa yang boleh melahirkan anak-anak yang luar biasa. Hanya seorang ibu yang biasa. Setiap kita dan semua ibubapa tentu bercita-cita anak-anaknya menjadi generasi yang soleh, cerdas dan membanggakan. Tetapi tentu perkara itu tidak mudah. 

Apatah lagi membentuk anak-anak itu mencintai & mencintai Al-Qur’an. Memerlukan perjuangan, perlu kekuatan. Mesti tekun & sabar melawan rasa letih dan susah tanpa kenal batas. Maka wajar jika si ayah mengatakan,”Disebalik anak ini ada seorang ibu yang kekuatannya sama dengan seribu lelaki.”

Ya, perempuan yang telah melahirkan anak itu memang begitu kuat & perkasa. Sebab membuat permulaan yang baik untuk kehidupan anak-anak, adalah tidak mudah. Hanya orang – orang  yang punya kemahuan & motivasi yang boleh melakukannya. Dan tentu modal pertamanya adalah kesolehan diri. Tidak ada yang lain.
Ibu si anak cerdas ini,  dia adalah lambang seorang perempuan solehah yang mewariskan kesolehannya ke dalam kehidupan rumah tangganya. Dialah contoh perempuan yang pernah diwasiatkan Rasulullah saw kepada kaum lelaki untuk mereka jadikan pendamping hidup diantara sekian banyak wanita. 

Dengan menanggalkan keutamaan harta, kecantikan & keturunannya, seperti sabda Rasulullah saw, “Wanita dinikahi kerana 4 perkara : kerana hartanya, keturunannya. kecantikkannya, & agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, nescaya engkau beruntung.”(HR.Bukhari & Muslim).

Perempuan yang dikenalkan kepada kita dalam cerita diatas, dia sebenarnya tidak memulakan kerja kerasnya ketika anak-anaknya baru belajar bercakap. Tidak. Tetapi jauh sebelum itu, tenaganya telah  ditumpahkan untuk mengakrabkan mereka dengan bacaan-bacaan Al-Qur’an semasa mereka masih janin.

Dalam keadaan kehamilannya yang berat,  ibu ini hampir setiap hari selalu meluangkan waktu untuk membaca Al-Qur’an, memperdengarkannya janin yang ada dirahimnya, dalam keadaan berbaring, duduk/pun bersandar. Perjuangan itulah yang berat tapi itu pulalah yang kemudian memudahkan lidah anak-anaknya merangkai kata demi kata dari ayat-ayat Al-Qur’an, saat mereka sebenarnya baru mulai belajar bicara.

ibu

Semoga dari kisah diatas dapat kita ambil pelajaran & menjadikan teladan.
Rujukan dari majalah TARBAWI ” MENUJU KESOLEHAN PERIBADI & UMAT”