Thursday 23 February 2012

:::inI adalah KERANA YOKBORAK!!!:::


takutnye tgk title entry ni..huhuPhotobucket




Sebenarnya nak bagitau kawan2..eira kne tag lagi.. aiyokPhotobucket


apa2pun.. thanks yokborakyokborak.. Award ni sgt dihargai..hehe

Emm..Award best!! & gile-gile ni nak bagi kat siapa pulak ye??jeng.. jeng.. jengPhotobucket


Minta maaf lah ye kepada sesiapa yang tidak menerima tagged ni kerana syarat hanya 4 orang sahaja.
lain kali, kalu ada org bg eira award lagi, eira agih2kn sama rata yaPhotobucket
Photobucket Image Hosting




rakan2 yang lain jangan sedih2 ya..
ada masa nanti eira add anda pula:)Photobucket Image Hosting
key da.. selamat berpuasa.. sayang semuaPhotobucket Image Hosting 

nak cerita apa hari ni ye?
panda

takde idealahhihi..

 okeylah.. tu jelah setakat hari ini.. ada kelapangan kita jumpa lagi yaPhotobucket

:::Sed!h::


Assalamualaikum kawan2..:P bagaimana puasa hari ini..
hari ini nak berkongsi satu perasaan..
perasaan sedih:( tau apa itu perasaan sedih?
tapi nak nasihatkan diri sendiri dan sahabat yang dikasihi

“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita..”
(Surah At-taubah, ayat 40)


Kepada diriku yang sering jatuh dan bersedih,
kepadasemua sahabat-sahabat yang sedang diuji, yang telah diuji & yang belum diuji..

Jangan Bersedih...Cinta ALLAH dan Rasulullah Menjamin Kebahagiaan

Jangan Bersedih...Redha Dengan Anugerah Allah Membuat Anda kaya di Dunia


Jangan Bersedih...Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya yang Maha Luas


Jangan Bersedih...Semata-mata disebabkan Anda Berbeza dengan Orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri


Jangan Bersedih...Bila Disakiti, Dicela, Direndahkan atau Dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa


Jangan Bersedih Sesungguhnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan


Jangan Bersedih...Kerana Kesedihan Anda akan Membuat Musuh Anda Gembira


Jangan Bersedih...Atas Perilaku Manusia Terhadapmu Tetapi Perhatikanlah Perilaku Mereka Terhadap Allah


Jangan Bersedih...Allah Tidak Akan Mensia-siakan Pengorbananmu dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmahnya


Jangan Bersedih, Dunia ini Terlalu Hina Untuk Ditangisi

::Sm!Le::


Senyum seindah suria..
yang membawa cahaya..
semyumlah dari hati..
duniamu berseri.


senyum-senyum selalu






:::::::::::::sEp!+h!b@::::::

Muaz bin Jabal pernah berkata:

Pelajarilah ilmu pengetahuan,
sebab mempelajarinya kerana Allah adalah tanda takut kepadanya,
menuntutnya adalah ibadah,
menelaahnya adalah tasbih,
mencarinya adalah jihad,
mengajarkannya kepada orang yang belum mengetahui adalah sedekah,
memberikannya kepada ahlinya adalah kebaktian.

Dialah kawan dalam masa kesepian dan teman pada masa kesunyian.
Dialah penunjuk jalan kepada agama dan pendorong kesabaran pada masa kepayahan dan kesempitan."
Dialah penunjuk jalan kepada agama dan pendorong kesabaran pada masa kepayahan dan kesempitan."

#*#*yOU n mE*#*#

In my life
                                                                        I learned how.                                                                   .

::to love::
::to smile ::
::to be happy::
::to be strong::
::to work hard::
::to be honest::
::to be faithful::
                                                                         ::to forgive::.

::Apa itu Cinta?:::



Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .

Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..


JazaKallaH kerana suDi berKunjunG ke TeraTak saYe..seMoGa meNdaPat manFaat BersaMa Dan berKeKalan UkhWah InI heNdaknYa,insyALLAH(^ _ ^)

:::SaYang:::



Assalamualaikum kawan2..:)
Seperti minggu sebelum ini, sekarang eira masih lagi dalam exam mood...
maaf andai ada blogger yg menjenguk dan tiada hadiah yang dapat eira berikan..isnin ni, minggu exam mmg x dpt diatur dngn baik... mungkin kesibukan masa time untuk belajar menyiapkan folio menyebabkan gambar belum siap..Plus suka main2 dalam kelas& tak sabar2 nak keluar bila waktu sekolah hampir berakhir.. ngee~~~

menyebabkan perjalanan waktu exam tidak seperti yang pernah dilalui sebelum ini..
masih bnyk paper yang bakal eira lalui isnin,selasa hngga khamis depan..
masih awal?
ramai berkata begitu.. bagi eira sepatutnya sabtu lepas dah bersenang lenang menenangkan otak untuk persiapan mental.. hehe
tengoklah.. sedang usaha.. hari ni siapkn nota :) ( belajar manyak susah.. tQ to kawan2..

and ada 1 berita baik eira terima hari ini..owg laen dapat result..eira lom tahu mcm mane agaknya....

perancangan hari nak belajar hari isnin exam.... aduilah~~~

camna nak study ni.. beberapa kertas masih blur2 lagi.. . sekali belajar rupanya flip flop

takpeeira .. kuatkan semangat.. kepada sahabat2 yang sudi melayanieira , menunjuk ajar menegur mana yang salah.. tQ a lot.. diri ini masih banyak kekurangan.. sering alpa dan kadang2 blur.. huhu.. sangat manyak eira tulis hari ni.. yelah hari ni bermain nombor je kat buku.. so lepas tension ni.. times up... i've go now.. masih banyak belum ditelaah... tQ all of u.. pray 4 me kk..
may Allah bless us.. Sayang semua

Maafkan Aku Ya ALLAH... besarnya dosaku


Apa yang kawan2 lakukan hari ini? Agak2 ada tak tingkah kita yang membawa kepada kekurang pahala yang kita simpan yang sememangnya dalam status 'pokai' dan kasihan.. mungkin solat kita cukup, aurat kita penuh menutup mengikut syarat tapi masih ada lagikah kekurangan dalam diri kita?

Kita berkawan dan berkomunikasi... tetapi sedarkah kita, semakin lama kita berhimpun, jika tiada niat kerana Allah dan menuntut ilmu maka adalah makhluk ketiga antara kita..SUDAH menjadi tabiat segelintir golongan manusia apabila berbual atau bersembang, mereka gemar bercerita mengenai hal orang lain. Kadangkala sedang asyik berbual itu, tanpa disedari mereka melampaui batas dan melakukan satu amalan mazmumah iaitu mengumpat.

Mengumpat atau dalam bahasa Arab disebut ‘ghibah’ ialah apabila seseorang bercerita kepada orang kedua berkaitan hal orang ketiga. Jika orang yang ketiga mendengar percakapan itu, maka sudah tentu ia marah.

Rasulullah SAW menjelaskan bercakap-cakap mengenai keburukan keturunan dan tingkah laku orang lain adalah dikira sebagai mengumpat, meskipun orang yang diumpat itu benar-benar bersifat demikian. Adapun jika orang yang diumpat itu tidak bersifat demikian, maka ia dianggap sebagai pendustaan pula.

Sebenarnya mengumpat itu adalah satu keinginan untuk menghancurkan seseorang, menodai harga diri, kemuliaan dan kehormatan orang lain. Sedangkan orang itu tiada di hadapannya. Menurut al-Qardawi, perbuatan itu sama seperti menikam seseorang dari belakang atau berlawan dengan seseorang yang tidak berdaya.

Keburukan mengumpat ini amat jelas, sehinggakan al-Quran menyamakan perbuatan mengumpat itu seperti memakan daging saudara sendiri yang meninggal dunia.

nurulfalah: Ya Allah peliharalah lidahku dan hatiku agar tidak melupaimu dan mengingati keaiban orang di sekelilingku...

Allah berfirman yang bermaksud,
“Janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.” (Surah al-Hujurat, ayat 12)

Al-Quran menjelaskan bahawa perbuatan mengumpat itu wajib ditinggalkan kerana ia adalah satu perbuatan dilarang. Orang yang mengumpat itu pasti menerima dosa dan pembalasan azab daripada Allah di akhirat kelak. Demikian juga halnya dengan pendengar setia yang akan turut menanggung dosa sama.

Menurut Imam al-Ghazali, banyak sebab mendorong seseorang itu suka mengumpat. Antaranya:

**Menghilangkan kemarahan.
Apabila seseorang itu marah terhadap seseorang maka disebut kejahatan dan kelemahan
orang itu. Mengumpat lebih teruk lagi jika dicampur dengan hasad dan dengki.

** Menjaga hati kawan yang mengumpat.
Ketika seseorang kawan marah dan mengumpat orang lain, orang mendengar itu turut serta menambah cerita yang ia tahu mengenai kejahatan dan kelemahan orang yang diumpat semata-mata untuk menjaga hati kawannya.

**Berasa terhina.
Apabila seseorang membuat kenyataan umum, ia rasakan bahawa kata-kata itu ditujukan kepadanya dan ia berasa terhina. Tanpa berfikir panjang, lalu diumpat orang itu.

**Melepaskan diri.
Apabila berlaku sesuatu kepincangan dalam masyarakat, lantas dia mengumpat dan menyalahkan orang lain untuk melepaskan diri daripada bertanggungjawab terhadap kemungkaran itu.

** Menunjukkan kebaikan diri sendiri.
Seseorang yang ingin membuktikan kebaikannya dia memuji diri sendiri dan membandingkan dengan orang lain. Dalam hal ini ia menyebut mengenai kelemahan dan keburukan orang lain.

**Dengki.
Apabila orang lain mendapat nikmat dan rahmat Allah, dia berasa dengki lalu menceritakan kelemahan dan kekurangan orang lain. Kadangkala ia mendakwa, dialah yang lebih berhak mendapat anugerah itu.

**Tujuan bergurau.
Bagi membolehkan senda gurau dan lawak jenakanya diberi perhatian oleh orang ramai, ia mengumpat orang lain agar ditertawakan oleh pendengar.

**Menghina orang.
Cara yang paling mudah untuk menjatuhkan dan memalukan orang lain ialah dengan menceritakan keaibannya.


nurulfalah: kadang-kadang tanpa kita sedar mengumpat sering menjadi habit. betul x?
cuba kita verazam untuk tidak mengatakan mengenai perihal orang lain.. cukuplah latihan untuk satu hari.. nurul pernah cuba.. Ya Allah.. jenuhnya..rasa lama sangat masa berlalu.. penyelesaiannya.. baru nurul tahu.. diam merupakan ubat dan senjata paling berkesan.. bukan diam tak bermaya dan tak berfikir.. tapi diam berhikmah dan penuh isi..
Wallahualam.. diri ini masih banyak kekurangan..
JazaKallaH kerana suDi berKunjunG ke TeraTak saYe..seMoGa meNdaPat manFaat BersaMa Dan berKeKalan UkhWah InI heNdaknYa,insyALLAH(^ _ ^)

::::Bimbang dengan diriku:::

::::Bimbang dengan diriku:::

Setiap yang bernafas pasti mati. Hidup didunia ini sementara dan sekejap sahaja. Kalau senang pun sementara dan sekejap. Kalau susah pun sementara dan sekejap. Akhirat pula jauh lebih besar dan kekal buat selama-lamanya. Kalau senang ertinya mendapat syurga yang merupakan kebahagiaan hakiki yang tidak dapat dibayangkan. Kalau susah pula ertinya neraka yang merupakan seksaan hakiki. Azabnya amat dahsyat yang tidak dapat dibandingkan dengan apa pun.. Api neraka bukan macam api lilin. Api lilin yang paling kecil pun tidak upaya siapa pun yang menahan kepanasannya. Sedangkan seringan-ringan api neraka, berpijak atas baranya sahaja sudah mendidih otak di kepala. Kalau memahami hakikat ini janganlah memburu kesenangan yang sedikit didunia ini, hingga sanggup menderhakai Tuhan. Dan janganlah kerana takutkan kesusahan yang sedikit didunia ini, hingga sanggup derhaka kepada Tuhan.

Di sinilah perlunya kita rasa takut dan bimbang terhadap Tuhan yang diri kita dalam genggamanNya. Kita tidak tahu apa sukatan Tuhan yang bersifat maknawiyah keatas kita. Semoga dengan kekal rasa takut dan bimbang, maka Tuhan rahmati kita hingga dihari pertemuan denganNya.

1. Ada manusia yang Tuhan beri petunjuk dan pimpinanNya. Dia berada dalam kebenaran dan kebaikan dari awal hingga akhir hidupnya.

2. Ada manusia yang diawal hidupnya dalam kesesatan. Manakala diakhir hisupnya Tuhan beri petunjuk dan pimpinanNya dan berada dalam kebenaran.

3. Terdapat manusia yang diawal hidupnya dalam kebenaran tetapi diakhir hidupnya dalam kesesatan.

4. Terdapa pula manusia yang dari awal hingga akhir hidupnya dalam kesesatan.

Kita tidak tahu kategori mana yang menimpa nasib kita. Nasib kita belum tahu. Sanggupkah kita berhadapan dengan Allah swt di akhirat kelak dalam kesesatan. Sedangkan dunia ini ibarat mimpi saja berbanding akhirat. Sebab itu Allah swt ulang banyak kali dalam Al Quran dengan maksud, "Dan akhirat itu lebih baik dan kekal." Lebih baik yang Allah swt istilahkan itu tidak boleh di fahamkan maksudnya menurut bahasa. Lebih baik yang Allah swt maksudkan itu menurut pengertian Tuhan. Kalau lebih baik itu disudut sedapnya rasa makanan, kelazatan diakhirat nanti tidak dapat dibayangkan, malah rasa lazat itu kekal hingga beribu tahun. Hingga kelazatan makanan itu berlapis dan bertindih. Ini belum lagi digabungkan denga kelazatan dari sumber yang tidak terbatas banyaknya.

:::Kasih sayang kian hilang:::





Islam sangat mengutamakan kasih sayang bahkan mewajibkan umatnya mewujudkan dan memperjuangkan kasih sayang dalam kehidupan mereka. Tapi malangnya umat Islam hari ini sudah tidak dapat lagi mewujudkan kasih sayang, sekalipun ulama ulamanya, kerana pengajian mereka sudah terpengaruh dengan pengajian sekular. Ulama ulama ini hakikatnya sama sahaja dengan golongan yang menggelar diri mereka pejuang hak asasi manusia yang kononnya jaguh dalam pembelaan hak hak kemanusiaan tetapi di kalangan mereka sendiri pun tidak wujud kasih sayang.

Akibatnya nasib dan keadaan umat Islam sama sahaja dengan orang lain. Oleh kerana kasih sayang tidak wujud lagi di dunia hari ini maka orang Islam satu sama lain hanya berkenalan. Mereka walaupun duduk dalam satu kawasan atau satu keluarga, satu sekolah, satu parti, satu jemaah. solat berjemaah, tapi rasa terasing antara satu sama lain. Kenal tapi tidak tahu menahu. Berjumpa tapi bagaikan tidak bertemu. ada tapi terasa bagaikan tiada. Tidak ada yang boleh di panggil kawan di zaman ini. Yang ada hanya kenalan. Tidak ada ikatan hati sesama Melayu, yang ada hanya pertemuan. Tidak ada kerelaan. Yang ada hanya rasa terpaksa. Bertemu pun secara terpaksa bila sangat perlu, walaupun hati tidak mahu. Bergaul juga kerana terpaksa, sebab tidak boleh hidup keseorangan. Tapi bila bergaul, hati penuh bimbang.Pemimpin terhadap pengikut terpaksa mengarah.Tapi bila mengarah dapat dirasakan, orang yang kena arah rasa tidak senang. Hati tidak senang menerima arahan tapi fizikal terpaksa menerimanya demi untuk mempertahankan kehidupan. Siapa sahaja yang tidak dapat Kasih Sayang , hilang lah kebahagiaan dan keharmonian hidup. Maka di waktu itu harta yang banyak, kuasa yang besar, wajah yang cantik, kemewahan yang ada, tidak memberi erti apa apa lagi. Tetaplah manusia hidup kosong, sepi dan penuh kekecewaan.

:::BESTFRIEND::::




tidak perlu mencari seorg manusia yg sempurna
untuk menjadi teman sejati
cukuplah sekadar mempunyai seorg teman sejati
yg menjadikan kita seorg manusia
sempurna bila bersamanya



:cinonet_05:

ANDAI DIIBARATKAN CINTA SEBAGAI BUNGA



Andai diibaratkan cinta sebagai bunga, maka kasih sayang merupakan bajanya. Andai tidak ditunjukkan rasa kasih dan sayang maka tiada siapa akan mengatakan bahawa engkau bercinta dengan sekian-sekian. Andai cinta dipendam dalam hati tiada maknalah cinta itu. Betul, bukan?

Andai kau cinta sahabatmu, kau akan mengambil berat segala tentang dirinya.
Andai kau cinta ibu bapamu, kau akan menuruti segala kemahuan mereka dan kau akan menjaga mereka di saat mata sudah kabur, tubuh sudah uzur dan fikiran sudah luntur.

Andai kau cinta anak-anakmu, kau akan berkorban apa sahaja; harta, masa malahan nyawa,jika itu semua akan membuatkan mereka bahagia...


Andai kau cinta isteri/suamimu, kau akan serahkan jiwa dan ragamu demi mencapai kebahagiaan hidup di samping yang tersayang


Namun, jangan kau lupa, cinta itu semua tidak akan wujud tanpa cinta daripada Tuhanmu.


Dan, semua itu tidak akan bermakna, tidak akan kekal lama andai kau tiada rasa cinta terhadap-Nya.


Dan, cinta padaNya tidak akan bermakna andai kau tidak berupaya atau enggan melahirkannya. Seumpama kau kata kau cintakan seseorang tetapi kau enggan melayannya ketika dia mahu berbicara denganmu, kau tidak gembira apabila dia berada di sisimu, kau enggan mendekatinya tika dia memanggilmu, kau berat untuk membuat sesuatu yang bakal menggembirakan hatinya, kau gemar berbuat sesuatu yang pasti membuatkan dia bersedih atau marah kepadamu


Ya, cinta itu akan menjadi hambar dan pudar dan lama-kelamaan akan malap andai tidak disuburkan dan ditunjukkan kepada yang dicintai.

Apakah kau mahu Tuhanmu tidak mengetahui rasa cintamu kepadaNya? Tuhanmu, yang menjadi musabab kau wujud di muka bumi, yang mencurah segala rahmat yang tidak terhingga kepadamu, yang memberi segala-gala yang kau mahukan di muka bumi, termasuklah sahabat-sahabat, ibu bapa, anak-anak, suami/ isteri yang begitu kau cintai!

Ingatlah, tanpa cintaNya tiada lah cinta mereka.
Tanpa cintaNya tiadalah kau mencintai mereka..tiadalah kau merasa indahnya cinta..

Maka, andai kau cinta pada Tuhanmu

Tunjukkanlah, dengan menyerahkan sepenuh jiwa ragamu hanya kepadaNya..
Pamerkanlah, dengan menuruti segala suruhan dan meninggalkan segala apa yang dibenciNya Kerana, jika kau mencintai Dia, ingatlah sesungguhnya Dia lebih berkali ganda mencintaimu.

Selangkah kau mendekatiNya, seribu langkah Dia akan mendekati engkau.


Kau menapak menghampiriNya, Dia akan berlari menghampirimu




"Takkan kau merasai indahnya cinta, andai tiada cinta buat Yang Esa"

Aku dan Kau berbeza


kenapa ya lelaki dan perempuan berbeza? pastinya kita ketahui, setiap apa yang Allah jadikan, pasti ada hikmah dan nikmatnya.. jom kita cek kenapa ya tanggungjawab dan peranan lelaki dan perempuan ada perbezaan? kredit to: iluvislam.com

::DOSA::

Lelaki bujang menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.BERATKAN???

::TANGGUNGJAWAB::

Hukum menjelaskan anak lelaki bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya, maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua.Berlainan kepada perempuan , perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Sekiranya seorang isteri berbuat baik kepada suaminya maka pahala akan dapat kepadanya dan jikalau berbuat yang tidak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.BERATKAN??

::NAFKAH::

Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri namun tidak bagi seorang isteri walaupun isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanyakan mengenai pendapatan isteri lebih-lebih lagi jika menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

::AMANAH::
Dan jika dilihat banyak lagi amanah dan tanggungjawab yang Allah kurniakan kepada insan yang bernama lelaki, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar si suami. Mengikut kajian yang dilakukan juga,nyawa seorang wanita lebih panjang daripada seorang lelaki, mungkinkah kerana bebanan dan amanah yang dipikul ini begitu berat untuk dilaksanakan? atau mungkin kerana memekikirkan beratnya dosa-dosa yang terpaksa ditanggung.

TETAPI seorang lelaki ada keistimewaan-keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT.

::WANITA::
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat kepada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??


:KENAPA YA?::

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?



Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampuni ALLAH swt (dosa kecil).

::DI AKHIRAT::

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya
2. isterinya
3. anak perempuannya
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya
2.ayahnya
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja iaitu dengan :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat kepada suaminya
4. menjaga kehormatannya


Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi seorang wanita yang taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH,sayangnya ALLAH pada wanita!

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki tetapi ingatlah wahai lelaki,
kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah,
maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin.
Maka dengan keistimewaan itu,
JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya,
supaya kelak dapat pulang mengadap Allah swt dalam keadaan istimewa disisiNYA.

Kita bukannya pandai...


1. Kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh.
2. Kita bukanlah kaya untuk cakap orang lain miskin.
3. Kita bukanlah handsome untuk cakap orang lain muka tak handsome.
4. Kita bukanlah cantik untuk cakap orang lain tak lawa.
5. Kita bukanlah baik untuk cakap orang lain jahat.
6. Kita bukanlah alim untuk cakap orang lain lupa sembahyang.
7. Kita bukanlah kuat untuk cakap orang lain lemah.
8. Kita bukanlah berani untuk cakap orang lain penakut.
TAPI...
1. Kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain.
2. Kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan.
3. Kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri.
4. Kita adalah cantik jikalau kita sentiasa memuji orang lain.
5. Kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah keaikan dan menjadi contoh dan tauladan orang lain.
6. Kita adalah alim jikalau kita memperuntukkan sebahagian rutin seharian kita kepada-Nya dengan seikhlas hati.
7. Kita adalah kuat jika kita sentiasa membantu orang yang lemah.
8. Kita adalah berani jikalau kita sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan agama.
Ingatlah! kita bukannya manusia yang hebat untuk memcaci dan mengutuk ciptaan-Nya. Dia Maha Mengetahui. setiap apa yang diciptakannya mempunyai hikmah yang tersendiri... Sedarlah..
BUKAN SENANG NAK JADI SENANG. BUKAN SUSAH NAK JADI SUSAH

FACEBOOK CIA

Betulkah Facebook sekutu CIA?
Apa itu CIA?
Bagaimana CIA boleh dikatakan mempergunakan Facebook?
Anda ada Facebook?
Rajinkan diri membaca di sini dan pastikan anda bukan salah seorang mangsanya...

TERIMA KASIH MENGENANGKAN NASIB


Sesungguhnya jika Allah S.W.T mencintai hambaNya
maka Dia akn tenggelamkn hambanya itu dalam dugaan dan ujian..
barangsiapa yg tidak pernah mengalami musibah
maka ia jauh drpd kasih sayang dan rahmatnya..
mana tahu yg diam itu krn zikir kpd Allah,
mana tahu yg senyum itu krn sedeqah,
mana tahu yg sedih itu krn mengenangkan dosa dan
mana tahu yg ceria itu krn bersih hati dan mindanya.

Pahit manis dlm memikul tanggungjawab dan amanah Allah ini
terkadang memberi jalan untuk mendapat kemanisan yg tiada terhingga..
walaupun yg dtg..
air mata sering bertandang...

MEMANG ALLAH S.W.T SENGAJA MENGUJI KITA

MEMANG ALLAH SENGAJA



memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah
supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah
supaya kita sedar bahawa
kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharap kan pertolongan ALLAH.

*memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah
supaya kita dapat
KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah
supaya kita sedar
bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita
bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

memang ALLAH sengaja menem kan kita dengan orang yang salah
supaya kita dapat mengutip pengalaman
yang tak semua orang berpeluang untuk mengalami nya.

memang ALLAH sengaja menem kan kita dengan orang yang salah
supaya kita jadi MANUSIA yang HEBAT JIWA NYA.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah
supaya kita lebih faham bahawa CINTA yang TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

memang ALLAH sengaja menemu kan kita dengan orang yang salah
supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN yang TAK SELAMA NYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta,
fahami lah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujung nya.
Hari esokpun kita sendiri tak pasti sama ada menjadi milik kita.
Gapai lah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,
dan meninggal kan larangan NYA..

PERCAYA LAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA
yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA

p/s: Semoga ku bertemu dengan sebahagian dari jiwaku..
bila ku memandangnya, ku teringatkanMu ALLAH
Apabila bertutur dengannya, NamaMU menjadi butir perbualan
Apabila ku bersamanya.. makin bertambah rinduku kepadaMu ya ALLAH..







titipan dari seorang sahabat.. cahaya kerinduan..
terima kasih teman atas ingatan


Bila aku perbandingkan antara aku dan dia, aku perbandingkan betapa banyak kekurangan diri ini. Membawa rasa tidak bersyukur terhadap kurniaan Allah. Betapa jahilnya dan hinanya aku. Aku selalu membandingkan secara zahiriah dan selalu aku lupakan tentang lahiriah. Sedangkan hakikatnya, Allah tidak memandang pada bentuk rupa kamu, tetapi Allah memandang pada ketakwaan dan hati kamu... Sungguh aku hina...
Sepatutnya, bila aku memandang dia, aku harus pula memandang diri aku. Aku sepatutnya lebih bersyukur kerana sentiasa rasa ingin menjaga dan memelihara, membataskan dan diperbataskan, dan sentiasa beringat dan berwaspada. Aku sepatutnya rasa lebih bersyukur kerana dikurniakan ibu bapa yang memantau, yang mengawal, yang menegur secara berhikmah, supaya sentiasa menjaga batasan dan maruah. Ya Allah, itu adalah nikmatMu yang selalu tidak ku sedari....
Allah memberikan aku rasa cukup dan bersyukur dengan harta yang ada, Allah memberikan aku rasa bersederhana tanpa bermewah2, Allah memberikan aku rasa ingin berusaha untuk menuntut ilmu, dan Allah memberikan aku rasa bersalah apabila berdosa.. Itu nikmat terbesar buat aku..
Begitu banyak yang Allah kurniakan, tidak terhitung banyaknya.. Jadi untuk apa aku menghabiskan masa mengeluh dan menghitung pemberian Allah pada orang lain? Biarkan saja.. Allah itu Maha Adil.. Aku bersyukur dengan segala apa yang aku ada..




Ya Allah, tetapkanlah hatiku dalam agamaMu.. sembuhkanlah penyakit yang merantai hatiku, supaya dengannya aku terselamat dari seksa api neraka Mu.. ya Allah, ampunilah segala dosaku yang telah lalu, yang sedang, dan akan datang.. juga dosa kedua ibu bapaku, kaum kerabatku, orang-orang yang aku sayangi dan orang-orang yang mengasihiku.. sesungguhnya tiada daya upayaku, melainkan hanya dengan pertolongan Engkau, wahai tuhan Yang maha mengasihani.. amiin ya Rabb..



PERPISAHAN PELENGKAP PERTEMUAN

Perpisahan pelengkap pertemuan


‘Sahabat itu wujud
dari 1 pertemuan
dengan 10 pertanyaan,
100 keyakinan
dan 1000 kali pengorbanan
serta berjuta-juta kali perjuangan
dengan 1 keikhlasan
atas keredhaan Allah…’


Kawan
pertemuan kita suatu keindahan
nikmat Allah yang tiada tandingan

Tapi perpisahan satu kebiasaan
dengan perpisahan
kita menghargai pertemuan..

Moga ukhwah kita berpanjangan

Kenangan+memori+suka duka
Semat di hati
Teruskan perjuangan

Alhamdulillah
selesai sudah perjuangan pertama
teruskan dengan langkah kedua
bagi yang terus dengan kerjaya
laksanakan tugas dengan dedikasi
bagi yang tak jemu menimba ilmu
tahniah
masih ada rezeki untuk kamu
di alam ilmu ini

tapi bagi yang sewaktu dengan nurul
masih keliru dan buntu
tak mengapa
Allah sentiasa di sisi kita
jangan putus mengutus doa
Agar Allah permudahkan segalanya..
Amin


Hmm
berat hati untuk meninggalkan
alam penuh ceria dan pancaroba ini
tapi nurul pasti
di luar sana
masih besar dugaan dan cabaran menanti
Hanya kita perlu persiapkan diri
Aja-aja Fighting semua!!


Bertemu dan berpisah kita kerana Allah
Semoga ada pertemuan kedua dan seterusnya selepas ini

YA ALLAH TOLONG INGATKAN

YA ALLAH... tolong ingatkan...

Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..

Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. Aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia. Tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya. Aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia. Jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesa

pertemuan itu kemanisan perpisahan

Usah ditangisi sebuah perpisahan, kerana tanpa perpisahan, kita tak dapat merasai betapa manisnya sebuah pertemuan".

Tapi kemudiannya mereka menangis. Kenapa? Kata mereka: "itulah penghargaan untuk sebuah pertemuan."

Ya, benar begitu. Tapi... penantian yang lama lebih baik dari perpisahan sekelip mata!

Setuju tak...

kini Pemergian adalah suatu kehilangan, amat luas pengertiannya.

Kehilangan yang abadi adalah kehilangan tanpa ada lagi pertemuan di alam fana ini.
Kehilangan seketika, sekadar dipisahkan oleh jarak dan keadaan.
Kehilangan yang amat menguji keimanan kita, bilamana dia pergi tanpa sebarang pesanan, tanpa ada kata bicara, tanpa lambaian perpisahan dan tanpa ada tanda perpisahan, yang ada cuma kenangan.
Kehilangan itu menghadirkan persoalan.

Kemana dan mengapa perginya dia? Perit dan pedihnya sebuah kehilangan...

Aku masih mendengar mereka berkata... mereka bertanya dan mereka ketawa masih di tempat yang sama.. tanpa usaha

Aku hanya mendengar.. tanpa berkata-kata kerana aku tahu mereka berdusta mereka cuba lari.. cuba sembunyi.. kerana takut berduka.. takut kecewa

Andai Ada Pertemuan Biarlah Ia Sepanjang Usia...

Perpisahan.....

perpisahan bukan setakat melambai tangan bersama ucapan 'babai' tetapi juga sebagai detik yang mengajar manusia akan betapa perlunya kita belajar menghargai sebuah pertemuan yang telah Allah berikan....

Wednesday 22 February 2012

kekecewaan...

assalamualaikum..sebenarnya aq dah boleh tahan...aq nak sangat dia jadi bf aq..aq terlalu syg dia...smpai hidup aq ,aq berubah serta merta...tapi dia tolak semua tu..aq rase aq perempuan murahan mula2 bukan maen syg aq akhir apa dia bg kat aq..selalu dia terasa apa yang aq rase .dia tahu aq ckp merepek je...aq xpenah ckp merepek kat dia tapi dia mulut xpenah nk jge..perasaan xfikir langsung semua betul dia je....ish..skrg tertekan rase nk henti spm tahun ni..nak ambek tahun depan je...

Tuesday 14 February 2012

AQ GADUH DGN BUDAK TU

 14/2/2012 aq xboleh tumpukan perhatian untuk belajar..sbb family aq dman kecuali aq n ayah..ada sowang budak kelas aq dia hina aq...n then..aq tnya dia kenapa buat aq cm tu..selama ni aq xkacau korang..tapi kau sibuk jge tepi kain owg...n then ko r_ _ _aq..lalu aq tamapal ko..secara xsengaja aq ckp ko ni syaitan...saat tu aq stress sgt..aq rase aq dah xde maruah agy...hmm..n then kwn aq pujuk aq..supaya aq g report kat cikgu (mama) dan mase tu aq terang kan semua...tapi jantan uh..xmengaku..lepas aq balik umah..mak aq tnya kenapa muke pucat  mcm owg lps menangis n knp bibir berdrh..mase tu aq cerita kat mak aq smbil menangis...lalu mak aq cm nk mrh..ph2 lepas tolong aq yg dmam.mak mnx aq g teman akk g kecemasan...pah tu mak cll ayah..n mak ckp kat ayah pasai aq kene..r_ _ _..lalu ayah ckp kat aq.okey nt esok ayah dtg skolah..biar kenal ayah mcm mne..dia xkenal ayah mcm mne..pndai pgg anak dara owg...n terkejut bila ayah ckp nk g jumpa bdk tu...aq rase xtenang..rase cm maruah aq jatuh...rase nk bunuh dri je...uhmm...setakat ni lha dlu aq  ckp..aq xtahan dgn tanggisan aq... aq xtenang skrg ni..

Sunday 12 February 2012

putus dgn dia

12/2/2012 tarikh putus aq dgn zahin..baru td dia mcj aq..dia tnya aq nk kapel ke..aq ckp ok je..pah tu dia ckp kte putus lha..aq xkesah dia nk putus yg menjadi masalah aq janji dgn arwah.mcm mane ni..dosa kah  aq ni..Ya Allah lau aq tau mcm ni..aq dah putus...Ya Allah lembutkan lha aty dia..mcm mne ni aq nk buat..aq tension lha..urm...tadi dah ramai mak sedara aq tnya..aq jwb okey je..ni akk dia sendri..aq xkesah lha..

Thursday 2 February 2012

haha..td g skolah.kwn aq ni ganas tau..smpai nk tumbuk aq...haha..lwk2..cayai lha punye kwn sehebat dia...lalala..nrum...

Wednesday 1 February 2012

contohi mcm dia

                                                 Nie kawan aq iaitu nama ahmad alip
                                 dia ni baik sgt boleh buat kwn walaupun aq xde kwn lelaki.. dia boleh jadi kwn..saat aq kenal dia,dia selalu cerita masalah dia,n aq slalu cerita masalah aq kat dia...nasib baik lha dia sudi mendengar masalah aq  walaupun aq ada kwn yg selalu disisi aq,aq sanggup ceritakan kat dia .dia ni budak semenyih, kuala lumpur..tapi aq rase mcm dia abg aq je..haha..nsem kan dia...  jgn dekat dah berpunya lha...haaha..haha..tengok gaya letih dia tu..lawak2..