Pintu tingkap dibuka. Angin sepoi sepoi bahasa meyapa muka. Aku suka pagi di uia gombak. Sangat tenang.
Mata beralih ke screen laptop. Seusai
membaca mathurat selepas subuh tadi aku terus on laptop. Salah satu cara
untuk tidak tidur lepas subuh mungkin.
Tiba tiba aku dikejutkan oleh satu suara dari belakang.
“oow, dah pandai bercinta ea sekarang..” ina menegur
.
“bercinta? Mana ada.” Soalku kehairanan.
“tu, kat laptop tu apa? Bukan bercinta namanya? Bukan main lagi letak wallpaper pasal cinta cinta ni.” Tambah ina lagi
Aku tersenyum. Pipi terasa panas.
“tengok, muka dah blushing. Nak tipu lagi konon.” Ina terusan mengusikku.
“Kau la,
yang ajar aku bercinta ni. Kau jangan nak tinggal aku. Biar aku sorang
sorang lepas kau kenalkan aku dengan dia” aku menambah.
“aku rasakan bila orang dah angau
bercinta ni, dia dah tak ingat benda lain dah. Ingat cinta tu je. Entah
entah nanti kau yang tinggalkan aku “ ina seolah olah merajuk.
Aku tersenyum lagi. Kawanku sorang ni memang kalau dah merajuk, dialah no 1.
“ok, aku janji. Aku takkan tinggalkan kau. Tapi, aku minta maaf lar ye, kau takkan jadi no 1 dalam list aku.”
Ina memanjangkan muncungnya. “ ya, aku
tahu. Aku mesti takkan jadi no 1 punya. Memang sure la kan, kau akan
letak dia no 1 dalam list kau. Aku dah agak dah.
“breakfast jom. Aku buatkan nescafe 3 in
1 untuk kau. Roti sapu mentega kacang sekali. Mahal tau pakej ni.
Takkan dapat kat mana mana kedai” usikku.
“okey! Aku masakkan air ya. Kau sediakan roti” rajuk ina beransur hilang.
Aku tersenyum.
Aku masih ingat waktu aku tanya ina adakah dia pernah bercinta. Ina tersenyum sambil menjawab laju.”pernah”.
Aku terpana, aku tengok Ina bukanla
budak biasa biasa. Bertudung besar,al-mathurat tak pernah tinggal,usrah
tak pernah ponteng, malam malam aku mesti dengar ina membaca al-mulk
sebelum tidur. Nak dibandingkan dengan aku. Macam langit dengan bumi.
Macam bumi dengan matahari. jauh bedanya. Masakan ina tak tahu yang
bercinta tu…
Ina memandangku kehairanan.” Kenapa muka macam nampak hantu ni” ina menyoal.
“Aku tengok kau sebagai budak yang
sangat baik. Seorang wanita yang sangat solehah. Takkan kau tak tahu
yang bercinta tu..” aku menyoal.
“bercinta tu apa?” Ina menyoal.
“bercinta tu haram.” Jawabku pendek.
Aku tahu bercouple itu haram walaupun
aku sendiri punya teman lelaki, tapi aku memekakkan telinga membutakan
mata dengan kenyataan itu kerana menurut hawa nafsu, mengikut arus
buatan manusia. aku tahu yang benda ramai orang buat tu tak semestinya
betul. Tapi aku abaikan semua itu.
Ina ketawa.
“cik adik sayang, bercinta tu tak salah.
Cinta tidak terhad hanya antara lelaki dan perempuan. Cinta pada
Allah,Rasul,keluarga, rakan rakan. Cinta pada haiwan, alam sekitar. Itu
semua juga dinamakan cinta. Cinta itu tidak haram tetapi yang menjadikan
cinta itu haram adalah pencintanya. Cinta antara lelaki dan perempuan
itu dibolehkan tetapi selepas akad yang sah”. Kata Ina sambil tersenyum
lebar.
“jadi, Ina sekarang bercinta dengan siapa?” tanyaku lagi
“cinta pada Allah. Pada Rasul dan keluarganya, cintakan keluarga dan sahabat sahabat.” Jawabnya ringkas.
“tapi, bahagia ke?”
Padaku kalau ada teman lelaki, setiap
hari mesti ada yang bertanya khabar kita, ada yang risau bila sakit,ada
yang sanggup tolong hantar makanan apabila kita lapar.ada orang pujuk
bila merajuk. Padaku, ianya membahagiakan.
Ina tersenyum lagi.
“ ya, aku akui yang aku selalu saja
tengok orang yang ada teman lelaki ni, senyum sorang sorang bila baca
mesej. Tapi aku nak tanya kau, antara bahagia dan derita mana yang lebih
banyak kalau ada teman lelaki ni? Aku tahu aku bukanlah pakar cinta,
tapi aku tengok orang yang bercinta banyak sakit hati, kadang kadang
menangis. Ada bahagianya tapi lebih banyak derita dan risauannya.” Kata
Ina.
Tapi cinta itu fitrah. Jawabku lagi.
“ya, cinta itu fitrah. Untuk mencintai
dan dicintai itu juga fitrah. Tapi jangan sampai fitrah itu jadi fitnah.
Allah ciptakan kita bersama fitrah dan nafsu. Tapi Allah juga datangkan
bersama akal dan iman untuk membantu kita dalam mengawal nafsu dan
fitrah itu. Siapa kata cinta pada Allah, Rasul, keluarga dan kawan kawan
itu tidak menyeronokkan. Cuba tengok dan perhatikan sekeling kita,
setiap benda yang diciptakan adalah untuk kita. Haiwan, tumbuhan,
matahari, air, pakaian.semuanya itu tanda cinta Allah pada kita. DIA
tidak biarkan kita tanpa bekalan, tidak biarkan kita terkontang kanting
selepas DIA menciptakan kita. Tapi DIA sediakan segalanya. Apa alasan
kita untuk tidak mencintai DIA setelah semua yang DIA berikan?.” Kata
Ina panjang.
Aku mengangguk angguk tanda setuju.
“tapi, siapa nak pujuk kita bila kita sedih, hadiahkan benda yang comel comel” kataku lagi
Ina ketawa lagi menampakkan lesung pipitnya.
“Allah banyak kali pujuk kita dalam
Al-quran. Cuba buka surah at-taubah ayat 40 kalau tak silap. kataNYA,
“janganlah bersedih sesungguhnya Allah bersama kamu” . dalam surah
ali-imran juga ayat 139
“janganlah kamu berasa lemah dan jangan pula
kamu bersedih hati kerana kamulah orang yang paling tinggi darjatnya
jika kamu oarng orang yang beriman”. Bayak lagi sebenarnya kata pujukan
Allah untuk kita. Baca Quran, lihat tafsirnya sekali, hayati. Tika itu
kita akan rasa Allah sangat dekat dengan kita. Bab yang nak hadiah yang
comel comel tu, tunggu husband bagi la. Kata ina bergurau. Allah
meraikan cinta antara lelaki dan perempuan tu dengan cara yang sangat
mulia iaitu dengan perkahwinan” sambung Ina lagi.
“ya la, family aku selama ni pun
bukannya tak bagi aku makan, dioranglah yang paling gelabah kalau aku
sakit. Adik beradik aku pun walaupun selalu bergaduh tapi dioranglah
yang mempertahankan aku bila aku kena buli dulu” sambungku.
Ina tersenyum. “tahu takpe”.
“dan yang teman aku pergi klinik,
bagitau lecturer yang aku sakit adalah kawan kawan aku bukannya teman
lelaki. Yang belikan bubur dan bising bising suruh aku makan ubat pun
kawan kawan aku. Yang berhabis buatkan surprise birthday untuk aku pun
diorang “Jawabku lagi.
“tapi Ina, bukan senang nak break up.
Nak putuskan hubungan dengan orang yang kta cinta mati ni. Mungkin
senang bagi orang orang macam kau yang tak pernah bercinta untuk
bercakap. Tapi bagi yang tengah angau dan seronok dalam cinta tu, sakit
ina, sakit.”kataku mengharapkan penjelasan.
Ina tersenyum lagi “ aku bukan suruh kau
call atau mesej teman lelaki kau sekarang, cakap nak break off. Kenapa?
Sebab bercinta tu haram. Aku tak suruh kau buat macam tu, kalau aku,
aku pun terkejut dan memberontak.”
“Habis tu?” soalku.
“ do it step by step. Kurangkan
berhubung. Kalau bukan keperluan tak payah text atau call. Nanti lama
lama bila kau dah kuat, cakap yang kau nak berhenti dari terus macam tu.
Kalau dia tanya kenapa, cakap yang mungkin itu yang terbaik dan kalau
ada jodoh takkan ke mana. Jodoh itu urusan Tuhan, biar DIA yang
tentukan.” Terang ina.
“ mungkin agak sakit pada mulanya. Sakit
itu bukan sehari dua tapi mungkin berbulan bulan. Rasa awkward bila
mana pagi pagi handphone kosong tanpa mesej. Tengahari tiada orang nak
tanya dah lunch ke belum. Agak sakit. Aku tahu. Tapi kau kena ingat,
Tuhan itu sentiasa ada untuk kita rely on. Kalau tiba tiba teringat,
ingat yang kat depan Allah nanti kau nak bagi alasan apa kalau Allah
tanya kenapa kau buat benda yang Allah larang. Kalau rasa sedih, cepat
cepat mengadu kat Allah dan ingat janji Allah.
Perempuan yang baik untuk lelaki yang
baik. Perempuan yang baik takkan senang senang bagi cintanya pada yang
tak pasti. Biarkan apa orang nak kata, kolot ke, tak up-to-date ke,
berlagak alim ke, pedulikan. Ini bukan berlagak alim atau apa. Ini
adalah suruhan Allah yang dah lama DIA cakap tapi kita yang baru nak
buat. Yang tentukan syurga neraka, yang memberi rezeki adalah DIA. kau
takkan mati dengan cemuhan mereka, pandangan Allah itu yang utama bukan
pandangan manusia.
Sibukkan diri dengan aktiviti aktiviti,
pujuk hati, tambah rakan rakan yang mampu bawa kau ke jalan yang
diredhaiNYA. Sehingga satu hari nanti, aku yakin yang kau akan lebih
bahagia begini.percayalah. take your time. Allah nilai setiap usaha,
walaupun kecil” sambung Ina lagi.
Air mataku hampir menitik. Aku mengetap bibir. Tekak terasa berpasir, dada sakit menahan sebak.
“tapi Ina, aku tak kuat. Aku takut Allah tak pandang aku”.
“ sungguh Allah itu maha pengampun maha
penyayang. Maha pengasih. Kita tidak pernah terlambat untuk berubah,
selagi nyawa belum berpisah dari jasad, selagi matahari belum terbit
dari barat, selagi tu kau punya peluang untuk bertaubat. Kau beruntung,
sebab saat ini Allah sedang menegur kau dengan bisikan, kau sekarang
punya pilihan. Untuk ke arah yang lebih baik atau sebaliknya. Tuhan itu
tahu setakat mana kemampuan kita . DIA tahu kau mampu sebab itu sekarang
DIA sedang sentuh hati kau.” Sambung Ina .
Air mataku akhirnya tumpah.
“hei,mana rotinya?” tegur Ina.
Aku tersedar dari lamunan panjang.
“jap, jap tengah buat la ni” jeritku dari compartmentku.
Ina datang membawa dua gelas air.
“ina, terima kasih sebab ajar aku
bercinta. Cinta pada DIA yang utama. Meletakkan DIA no 1 dalam list aku.
Terima kasih sebab sedarkan aku cinta siapa yang patut diutamakan.”
Kataku perlahan.
“kenapa tiba tiba buat drama swasta ni” kata ina smbil tergelak.
“yang sentuh hati kamu itu adalah DIA bukan aku, aku hanya penyampai” jawab Ina sayu.
“sekarang siapa heroin drama swasta ni?” kataku tika melihat sayu muka ina.
Ketawa kami pecah dalam tenang damai waktu dhuha.
No comments:
Post a Comment