Setiap
orang pasti mendambakan pasangan yang idaman yang sempurna. Entah
sempurna itu dilihat dari segi akhlak mahupun paras ataupun kriterianya
yang lain.
Orang
cantik takkan habis menghiasi dunia. Orang tampan pun akan sentiasa ada.
Anak-anak yang comel akan membesar menjadi manusia dewasa yang menarik,
cantik dan tampan. Walaupun tak menggoda, ada sahaja hati yang akan
tergoda melirik, bahkan menginginkan. Walaupun telah ada seseorang yang
setia mendampingi.
Cinta
datangnya dari hati kerana cinta berkaitan keserasian hati dua insan.
Ketika kita telah menemuinya, maka jagalah dengan berusaha sekuat hati.
Jagalah hati pasanganmu. Jika kita inginkan jodoh terbaik maka jadilah
yang terbaik kerana jodoh itu sebahagian daripada kita
Allah akan berikan pasangan yang terbaik kepada hambannya, walaupun kadangkala tidak sama dengan doa yang dipanjatkannya.
Apa alasan Allah sebenarnya?
kerana : “Adalah lebih baik jika Aku memberikan kepadamu seseorang yang Aku tahu dapat menumbuhkan segala ciri – ciri yang engkau cari selama ini daripada membuat engkau membuang waktu mencari seseorang yang sudah mempunyai semua kriteria yang kamu inginkan itu.
Pasanganmu
akan berasal dari tulang dan daging kita sendiri , dan kita akan
melihat diri kita sendiri di dalam dirinya dan kita berdua akan menjadi
satu. Pernikahan adalah seperti sekolah, suatu pendidikan jangka
panjang. Pernikahan adalah tempat dimana kita dan pasangan kita akan
saling menyesuaikan diri dan tidak hanya bertujuan untuk menyenangkan
hati satu sama lain. Tetapi untuk menjadikan kalian manusia yang lebih
baik, dan membuat suatu kerjasama yang solid.
Aku tidak
memberikan pasangan yang sempurna karena engkau tidak sempurna. Aku
memberikanmu seseorang yang dapat bertumbuh bersamamu.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah: 216)
Suatu
pernikahan seharusnya membuat hati tenang selama qanaah menghiasi hati.
Apa ertinya ucapan, “Aku meminangmu kerana agamamu…” jika ternyata
setiap makhluk cantik yang boleh membuat mata seorang suami melotot. Apa
ertinya ucapan, “Aku menerima pinanganmu kerana agamamu…” jika masih mengagumi ketampanan atau harta benda yang dimiliki lelaki lain.
Tiada
manusia yang sempurna. Jika suatu pernikahan itu syaratnya harus
membuatkan orang sempurna, maka mungkin tidak ada pernikahan yang
berjaya di dunia ini. Ketidaksempurnaan pasangan tidak harus menjadikan
alasan dalam pernikahan. Banyak hal di dunia ini yang tetap boleh
berjalan walaupun tak sempurna. Bahkan kesempurnaan tak pernah menjamin
kebahagiaan.
Bunga Di Taman Sebelah
Jika telah
ada seseorang yang mendampingimu, maka ialah yang terbaik. Jika “milik”
orang lain nampak lebih baik, yakinlah bahawa itu bukan yang terbaik
untukmu, kerana memang Allah tidak menaqdirkannya untukmu. Jika Allah telah takdirkan, jagalah semampumu. Dunia ini hanya ujian, bersabarlah.
Memang kadangkala bunga ditaman sebelah itu kelihatan lebih indah… tetapi sebenarnya bunga ditaman sendiri itu lebih berharga.. Jagalah bunga yang telah kita miliki janganlah disia-siakan ia kerana kita akan sangat menyesal ketika kita telah kehilangannya…
No comments:
Post a Comment