Friday 22 March 2013

Mengapa Kesusahan Itu Hadir?

kesusahan
k
Janganlah berasa hairan atau marah disaat kesusahan datang. Bukankah setiap waktu ia sering datang berkunjung? Apakah kita berasa hairan dengan hal yang selalu menyapa hari – hari kita? Haruskah kita marah atas sesuatu yang membuat hidup kita lebih berwarna dan penuh cabaran?
Pertanyaan sebegitu sering muncul apabila seseorang mengalami kesusahan yang besar dan dia berasa tiada satu hal pun dalam hidupnya yang berjalan dengan sepatutnya. Seolah – olah kesusahan sering menimpa dirinya.

Apakah anda juga pernah berasa kesusahan yang besar dalam hidup?

Pada umumnya manusia lebih menyukai hal – hal yang mudah dibandingkan hal – hal yang menyusahkan. Sekiranya manusia diberi pilihan, mereka tentu akan memilih yang paling mudah dan paling baik untuk dirinya. Jarang ada orang yang akan memilih yang lebih sukar atau menyusahkan, kecuali ada alasan kuat untuk itu.
Pilihlah yang mudah.
Misalnya kita tinggal tidak berapa jauh dari tempat kita bekerja. Jika kita berjalan kaki menuju ke tempat kita bekerja, maka kita memerlukan waktu diantara lima belas dan dua puluh minit. Namun, kalau kita memiliki kereta, kita tentu lebih rela memilih untuk menaiki kereta ke tempat kerja. Sebab pergi ke tempat kerja dengan kereta memberikan lebih banyak kemudahan dibandingkan berjalan kaki. Perjalanan boleh jauh lebih cepat dan kita pun tidak berasa penat.
Adakalanya kesusahan tetap akan datang walaupun kita tidak memilihnya, sehingga kita terpaksa bersabar sedaya – upaya dalam menghadapinya. Dengan Ilmu dan pengetahuan, insyaallah kita boleh mengubah kesusahan menjadi mudah. Dengan kesungguhan, insyaallah kita boleh menghadapi setiap kesusahan yang datang, sehinggga kesusahan itu tidak akan memberi mudharat besar kepada diri kita. Dan paling penting, mintalah kepada-Nya, kerana Tuhan juga tidak ingin menyusahkan kita.
Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan DIa tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran [ Al-Baqarah 2: 185 ]
Dalam beberapa hadis dijelaskan bahawa Rasulullah lebih suka memilih yang lebih mudah dalam melakukan sesuatu. Baginda juga menasihati para sahabatnya untuk menyampaikan Islam dengan cara yang baik dan tidak menyebabkan orang lain lari. Sayidatina Aisyah r.a menjelaskan bahawa Rasulullah sendiri menyukai pilihan yang lebih mudah dalam beramal.
Aisyah r.a. berkata, “Apabila Rasulullah SAW disuruh memilih antara dua perkara, nescaya Baginda memilih yang lebih mudah antara kedua – duanya, selagi itu bukan dosa. Adapun jika itu adalah dosa, maka Baginda adalah orang yang paling jauh daripada dosa [Riwayat Bukhari dan Muslim]
Yang lebih mudah itu disukai oleh manusia dan dipandang baik oleh agama, selagi ia tidak mengandungi  dosa. Walaupun begitu, jika ada kesusahan yang datang menjelma, Islam mengarahkan umatnya tidak mengeluh dan bersabar dalam menghadapinya. Kerana kesusahan itu hanyalah bersifat sementara. Setelah berlalunya kesusahan, tentu akan datang kesenangan.
Sebagaimana manusia lebih menyukai kesenangan berbanding kesusahan, Islam juga tidak menghendaki kesusahan bagi manusia. Islam memang memberikan perintah dan larangan yang membuatkan kita berasa dalam kesusahan. Tetapi disebalik semua itu, sebenarnya ada kemudahan bagi orang – orang yang beriman. Yang penting adalah jangan kita ragu – ragu.
Jangan sesekali menyangka Allah menghendaki kesusahan dan keburukan bagi manusia. Sekiranya Dia memang ingin menyusahkan manusia, maka hidup ini sama sekali tidak akan ada harapan.. =)
lupakan kesusahan
lupakan kesusahan

p/s Jika ada perkongsian jom la ..ikuti skali .. =)

No comments:

Post a Comment