Friday 22 March 2013

Kerana Jarak


– Long Distance – by ~Grigari (devianart)

Kerana jarak  engkau putuskan aku
Kerana jarak engkau tinggalkan aku

Tahukah engkau yang sebenarnya jarak itu ada hikmahnya
Supaya kita tidak banyak melakukan dosa
Tahukah engkau Allah menjarakkan kita supaya kita mencintaiNya lebih dari segalanya.
Dan tahukah engkau yang Allah menjarakkan kita supaya kita merinduiNya dahulu sebelum kita merindui sesama sendiri. 

Sesungguhnya aku bersedih apabila diputuskan tetapi aku bersyukur kerana jaraklah aku meletakkan cintaku padaNya lebih daripada dirimu.
Dan aku redha dengan perpisahan ini kerana aku yakin kita bertemu kerana Allah, berpisah kerana Allah.
Dan tidak mustahil kita akan bertemu kembali keranaNya. 
Aku kembali bangun dari jatuh tersungkur kerana Allah sayangkan aku. 
Walaupun aku rasa Allah jauh tetapi sebenarnya Dia dekat dihatiku.
Selalu mendengar rintihan dan doa-doa yang kupanjatkan.

Sesungguhnya jika kita kembali bersatu atas jalan cinta yang diredhaiNya, 
Cuma satu pesanku, janganlah engkau menjadikan jarak ini sebagai satu penghalang untuk cinta yang diredhaiNya kerana apabila Allah mengkehendaki sesuatu, maka jadilah ia. 
Walau jauh kita berpisah, walau jarak yang menjadi penghalang cinta kita, percayalah kalau sudah tertulis di Luh MahfuzNya yang engkau adalah untukku, sejauh mana kita mengelak sekalipun, kita akan disatukan kembali keranaNya. 
.

No comments:

Post a Comment