Apa yang
kawan2 lakukan hari ini? Agak2 ada tak tingkah kita yang membawa kepada
kekurang pahala yang kita simpan yang sememangnya dalam status 'pokai'
dan kasihan.. mungkin solat kita cukup, aurat kita penuh menutup
mengikut syarat tapi masih ada lagikah kekurangan dalam diri kita?
Kita
berkawan dan berkomunikasi... tetapi sedarkah kita, semakin lama kita
berhimpun, jika tiada niat kerana Allah dan menuntut ilmu maka adalah
makhluk ketiga antara kita..SUDAH menjadi tabiat segelintir golongan
manusia apabila berbual atau bersembang, mereka gemar bercerita mengenai
hal orang lain. Kadangkala sedang asyik berbual itu, tanpa disedari
mereka melampaui batas dan melakukan satu amalan mazmumah iaitu
mengumpat.
Mengumpat atau dalam bahasa Arab disebut ‘ghibah’
ialah apabila seseorang bercerita kepada orang kedua berkaitan hal orang
ketiga. Jika orang yang ketiga mendengar percakapan itu, maka sudah
tentu ia marah.
Rasulullah SAW menjelaskan bercakap-cakap
mengenai keburukan keturunan dan tingkah laku orang lain adalah dikira
sebagai mengumpat, meskipun orang yang diumpat itu benar-benar bersifat
demikian. Adapun jika orang yang diumpat itu tidak bersifat demikian,
maka ia dianggap sebagai pendustaan pula.
Sebenarnya mengumpat
itu adalah satu keinginan untuk menghancurkan seseorang, menodai harga
diri, kemuliaan dan kehormatan orang lain. Sedangkan orang itu tiada di
hadapannya. Menurut al-Qardawi, perbuatan itu sama seperti menikam
seseorang dari belakang atau berlawan dengan seseorang yang tidak
berdaya.
Keburukan mengumpat ini amat jelas, sehinggakan al-Quran
menyamakan perbuatan mengumpat itu seperti memakan daging saudara
sendiri yang meninggal dunia.
nurulfalah: Ya Allah peliharalah lidahku dan hatiku agar tidak melupaimu dan mengingati keaiban orang di sekelilingku...
Allah berfirman yang bermaksud,
“Janganlah
sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang
dari kamu suka memakan daging saudaranya yang mati? (Jika demikian
keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.” (Surah
al-Hujurat, ayat 12)
Al-Quran menjelaskan bahawa perbuatan
mengumpat itu wajib ditinggalkan kerana ia adalah satu perbuatan
dilarang. Orang yang mengumpat itu pasti menerima dosa dan pembalasan
azab daripada Allah di akhirat kelak. Demikian juga halnya dengan
pendengar setia yang akan turut menanggung dosa sama.
Menurut Imam al-Ghazali, banyak sebab mendorong seseorang itu suka mengumpat. Antaranya:
**Menghilangkan kemarahan.
Apabila seseorang itu marah terhadap seseorang maka disebut kejahatan dan kelemahan
orang itu. Mengumpat lebih teruk lagi jika dicampur dengan hasad dan dengki.
** Menjaga hati kawan yang mengumpat.
Ketika
seseorang kawan marah dan mengumpat orang lain, orang mendengar itu
turut serta menambah cerita yang ia tahu mengenai kejahatan dan
kelemahan orang yang diumpat semata-mata untuk menjaga hati kawannya.
**Berasa terhina.
Apabila
seseorang membuat kenyataan umum, ia rasakan bahawa kata-kata itu
ditujukan kepadanya dan ia berasa terhina. Tanpa berfikir panjang, lalu
diumpat orang itu.
**Melepaskan diri.
Apabila
berlaku sesuatu kepincangan dalam masyarakat, lantas dia mengumpat dan
menyalahkan orang lain untuk melepaskan diri daripada bertanggungjawab
terhadap kemungkaran itu.
** Menunjukkan kebaikan diri sendiri.
Seseorang
yang ingin membuktikan kebaikannya dia memuji diri sendiri dan
membandingkan dengan orang lain. Dalam hal ini ia menyebut mengenai
kelemahan dan keburukan orang lain.
**Dengki.
Apabila
orang lain mendapat nikmat dan rahmat Allah, dia berasa dengki lalu
menceritakan kelemahan dan kekurangan orang lain. Kadangkala ia
mendakwa, dialah yang lebih berhak mendapat anugerah itu.
**Tujuan bergurau.
Bagi
membolehkan senda gurau dan lawak jenakanya diberi perhatian oleh orang
ramai, ia mengumpat orang lain agar ditertawakan oleh pendengar.
**Menghina orang.
Cara yang paling mudah untuk menjatuhkan dan memalukan orang lain ialah dengan menceritakan keaibannya.
nurulfalah: kadang-kadang tanpa kita sedar mengumpat sering menjadi habit. betul x?
cuba kita verazam untuk tidak mengatakan mengenai perihal orang lain.. cukuplah latihan untuk satu hari.. nurul pernah cuba.. Ya Allah.. jenuhnya..rasa lama sangat masa berlalu.. penyelesaiannya.. baru nurul tahu.. diam merupakan ubat dan senjata paling berkesan.. bukan diam tak bermaya dan tak berfikir.. tapi diam berhikmah dan penuh isi..
Wallahualam.. diri ini masih banyak kekurangan..JazaKallaH kerana suDi berKunjunG ke TeraTak saYe..seMoGa meNdaPat manFaat BersaMa Dan berKeKalan UkhWah InI heNdaknYa,insyALLAH(^ _ ^)
cuba kita verazam untuk tidak mengatakan mengenai perihal orang lain.. cukuplah latihan untuk satu hari.. nurul pernah cuba.. Ya Allah.. jenuhnya..rasa lama sangat masa berlalu.. penyelesaiannya.. baru nurul tahu.. diam merupakan ubat dan senjata paling berkesan.. bukan diam tak bermaya dan tak berfikir.. tapi diam berhikmah dan penuh isi..
Wallahualam.. diri ini masih banyak kekurangan..JazaKallaH kerana suDi berKunjunG ke TeraTak saYe..seMoGa meNdaPat manFaat BersaMa Dan berKeKalan UkhWah InI heNdaknYa,insyALLAH(^ _ ^)
No comments:
Post a Comment