Thursday 23 February 2012

:::Kasih sayang kian hilang:::





Islam sangat mengutamakan kasih sayang bahkan mewajibkan umatnya mewujudkan dan memperjuangkan kasih sayang dalam kehidupan mereka. Tapi malangnya umat Islam hari ini sudah tidak dapat lagi mewujudkan kasih sayang, sekalipun ulama ulamanya, kerana pengajian mereka sudah terpengaruh dengan pengajian sekular. Ulama ulama ini hakikatnya sama sahaja dengan golongan yang menggelar diri mereka pejuang hak asasi manusia yang kononnya jaguh dalam pembelaan hak hak kemanusiaan tetapi di kalangan mereka sendiri pun tidak wujud kasih sayang.

Akibatnya nasib dan keadaan umat Islam sama sahaja dengan orang lain. Oleh kerana kasih sayang tidak wujud lagi di dunia hari ini maka orang Islam satu sama lain hanya berkenalan. Mereka walaupun duduk dalam satu kawasan atau satu keluarga, satu sekolah, satu parti, satu jemaah. solat berjemaah, tapi rasa terasing antara satu sama lain. Kenal tapi tidak tahu menahu. Berjumpa tapi bagaikan tidak bertemu. ada tapi terasa bagaikan tiada. Tidak ada yang boleh di panggil kawan di zaman ini. Yang ada hanya kenalan. Tidak ada ikatan hati sesama Melayu, yang ada hanya pertemuan. Tidak ada kerelaan. Yang ada hanya rasa terpaksa. Bertemu pun secara terpaksa bila sangat perlu, walaupun hati tidak mahu. Bergaul juga kerana terpaksa, sebab tidak boleh hidup keseorangan. Tapi bila bergaul, hati penuh bimbang.Pemimpin terhadap pengikut terpaksa mengarah.Tapi bila mengarah dapat dirasakan, orang yang kena arah rasa tidak senang. Hati tidak senang menerima arahan tapi fizikal terpaksa menerimanya demi untuk mempertahankan kehidupan. Siapa sahaja yang tidak dapat Kasih Sayang , hilang lah kebahagiaan dan keharmonian hidup. Maka di waktu itu harta yang banyak, kuasa yang besar, wajah yang cantik, kemewahan yang ada, tidak memberi erti apa apa lagi. Tetaplah manusia hidup kosong, sepi dan penuh kekecewaan.

No comments:

Post a Comment