Friday, 22 March 2013

Cantik Adalah Ujian, Bersyukur Seadanya


Muslimah Portraiture II by ~syahrulreza (devianart)
Fitrah manusia menyukai kecantikan dan inginkan kecantikan. Cantik itu adalah anugerah. Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga sebenarnya merupakan satu ujian. Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif.

Barangkali ada yang memiliki wajah cerah dan licin tetapi tidak nampak seri, barangkali ada pula yang gelap dan biasa sahaja tetapi begitu manis dipandang.

Berbalik kepada tajuk. Cantik & kacak adalah ujian. Mengapa begitu?

 Cantik sebagai anugerah
1. Meningkatkan rasa syukur
2. Keyakinan diri tinggi
3. Sedap mata memandang
4. Maintanance rendah (sepatutnya)
5. Apabila dikecapi apabila sebelumnya biasa-biasa

Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur kerana tidak perlu berat kepala memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah kulit sekaligus mengurangkan kos perawatan muka dan sebagainya. Begitu juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah.

Dan paling boleh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka yang boleh dianggap biasa sahaja sebelum ini, kini dianugerahkan dengan rupa paras menarik. Pasti ramai yang mula tertarik.

Cantik sebagai ujian
1. Dijadikan bahan komersial
2. Disayangi hanya kerana rupa
3. Menimbulkan riak dalam hati
4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata

Si cantik biasanya menjadi pilihan untuk melariskan pelbagai produk di pasaran. Tidak kira bagi pengiklanan produk kecantikan, produk kesihatan hatta produk deodorant lelaki pun menggunakan si cantik sebagai pelaris, tidak semena-mena sahaja deodorant itu perlu diedarkan oleh si cantik sebelum sampai ke tangan si lelaki pemakainya.

Pakaian? Peluk cium usah kira, penambah saham dosa. Oh, tiada kerja!

Si cantik juga seringkali menjadi mangsa jerat cinta si jejaka yang mementingkan rupa semata-mata. Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah cinta Sang Pencinta juga. Bukankah itu juga satu ujian? Lebih baiklah mereka yang sederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan kerana rupa semata-mata.

Riak pula? Seringkali wujud rasa iri hati di kalangan sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan kecantikan yang dimiliki orang lain, dan seringkali juga wujud segelintir si cantik rupa yang memandang rendah pada yang lain hanya kerana mereka memiliki aset wajah menarik.

Apa pun, ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata. Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat, dan tidak mustahil hilanglah sebahagian besar mereka yang seringkali menjadi pendamping selama ini.
Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana semuanya tidak kekal selamanya.

Jadi bunga seindah mawar berduri,
Yang menjadi impian setiap Muslimah
Yang indahnya bukan untuk lelaki,
Tetapi untuk permata yang bernama ”SUAMI”
==> Buta kerana Menangis. Klik sini

A dan A+ : Perkara Yang Utama


perkara yang utama
perkara yang utama

Assalamualaikum warahmatullah
Di dalam satu masa, anda amat diperlukan pertolongan oleh dua orang yang sangat baik serta rapat dengan anda. Salah seorang ialah, makcik anda, dan seorang lagi ialah ibu anda. Jadi, secara spontannya, harusnya siapa yang terlebih dahulu diberikan keutamaan dalam bantuan anda?
 Taipkan jawapan dan jarak dan sertakan jawapan anda, dan hantarkan pada diri sendiri,
Cerita di atas, boleh saya umpakan seperti begini. Di dalam satu masa, ada dua orang Islam yang tahu ‘skills’ untuk mendapatkan doa yang mustajab. Bezanya ialah, seorang ini jarang berdoa. Dan seorang lagi, kerap berdoa. Dalam berdoa, mereka menfaatkan ‘skills’ yang diperolehi untuk mendapatkan doa yang mustajab. Jadi, agak – agak kita.. siapakah doanya yang akan dimakbulkan terlebih dahulu?

Sekali lagi!

Taipkan doa dan jarak dan sertakan doa anda, dan hantarkan pada Allah SWT.
Jika kita mengatakan jawapan pada cerita yang pertama kita ialah makcik kita, ia tepat. Tetapi, jika kita mengatakan jawapan kita ialah ibu kita, ia amat tepat.

Kenapa? Sebabnya ialah, cerita di atas tidak mengajak kita supaya mencari jawapan yang salah. Begitu juga dengan cerita yang kedua. Jika kita memilih seorang yang jarang – jarang berdoa, ia betul. Tetapi, jika kita memilih seorang lagi yang kerap kali berdoa, ia amat sangat betul.

A dan A+
Bagaikan A dan A+. Kedua – duanya A dan kedua – duanya sangat bagus. Cuma terdapat perbezaan pada tahap A tersebut. Menjadi kemestian pada diri kita, perkara yang utama perlu diutamakan. Umpama cerita ibu dan makcik kita di atas. Makcik kita mungkin baik pada setengah – tengah waktu. Tetapi, ibu kita baik pada setiap waktu. 

Yelah! ibu kita yang melahirkan kita bahkan ibu kita yang sentiasa bersama – sama kita sejak lahir lagi.

 Mungkin, kini ada lagi yang masih bersama ibu yang dikasihi.

 Bagaimana pula dengan cerita kedua?
 Nah.. bukankah kita sudah temui jawapan dan juga telah memilihnya?

 Baik, pada cerita kedua pula, mereka berdua orang Islam dan melakukan perkara yang betul serta baik. Tetapi, mengapa yang kerap berdoa lebih baik daripada yang jarang berdoa? Jawapannya mudah. Yang terbaik, mestilah yang bekerja keras. Manakala yang baik sahaja, itulah seadanya.

 Jika kita sentiasa hidup mengingati Tuhan, tidak pernah tinggalkan Tuhan, sentiasa hendak hampiri Tuhan, sentiasa mengharapkan sepenuhnya penggantungan kepada Tuhan.. tidak mustahil, Tuhan pasti akan utamakan. Jika kita setakat, biasa – biasa dengan Tuhan, ditimpa musibah baru hendak mencari Tuhan, amat mustahil untuk dikatakan, Tuhan pasti akan biasa – biasakan kita.  

Beza kenal dan mengenali
Sekiranya kita katakan Allah SWT itu Tuhan, rasanya semua orang sudah ketahui. Bahkan, yang bukan beragama Islam juga turut kenal. Tetapi, sekiranya kita mengenali Allah SWT sebagai Tuhan, pasti terdapat perbezaan dengan yang lain yang cuma kenal sahaja. ‘Tidak kenal, maka tidak cinta’. 

Andai kita ada seorang teman, adakah cukup sekadar bertanyakan, ‘Assalamualaikum’? Tentu sahaja tidak. Secara umumnya, kita mestilah ingin lebih daripada itu. Mungkin, kita akan bertanyakan nama, umur, atau lebih daripada itu.. pinta menjadi teman sehati sejati! Begitu jugalah kita dengan Allah SWT, takkan setakat tahu sahaja. Tumbuhkan kemahuan dalam diri, bahawa ‘aku ingin berkenalan dan berdampingan bersama – sama Allah SWT’. Ia tidak salah. Hatta, Allah SWT lebih suka pada hamba – hamba-Nya yang berusaha mencintai-Nya. Kerana Allah SWT, pasti akan membalas cinta tersebut.

Akhir kalam, kesemuanya adalah baik. Tetapi, bagi yang terbaik ialah, kita sendiri yang menentukannya. Samada mahu, atau tidak mahu. Jika kita mengatakan bahawa, beribadah mengingatkan serta merapatkan kita dengan Tuhan. Ia, dan benar. Tetapi, itu tidak mencukupi. Kerana banyak lagi yang perlu dipelajari. Terutama sekali, tentang hidup ini. Didiklah diri, supaya terus menerus mengingati serta merapatkan jiwa pada yang MAHA ESA. Mudah atau sukar, teruskan usaha. Usah sekali – kali kita berputus asa, kerana SYURGA itu milik-NYA.

Wallahu’alam bisawwab

Wahai Saudariku Yang Ku Cinta KeranaNya

Untuk Saudariku Yang  Ku Cinta KeranaNya..
Saudari, Kalian  adalah tulang rusuk yang hilang ,
Jika kalian dalam penantian , maka
Jadikan penantian itu jalan menuju Keberkatan.
Menanti bukan bererti berdiam diri , atau
menunggu tanpa erti.

Kalian adalah bidadari yang di cari.
Sebelum pemilik tulang rusuk datang menjemput ,
Isilah masa penantianmu dengan Taqwa , Sabar , Doa , dan Tawakkal.
Al-Haya’ (malu)  yang menjadi perisai bagimu akan membuatmu segan untuk mengungkap perasaan.
Cinta yang tak mampu kau ungkap..
Cinta yang hanya kau dakap dalam diam..
Kerana mungkin kau tak seberani KHADIJAH..

Izinkan saya berdialog dari hati ke hati.
Saudariku, kamu mungkin jauh lebih paham tentang yang ingin saya sampaikan ,
Namun , tiada salahnya jika kita sama-sama mengimbasnya kembali ,
Atau setidaknya, menasihati diri saya sendiri ..

Beberapa tips mengisi penantian dengan proses yang berkat untuk hasil yang berkat :
 Sentiasa mendekatkan diri  kepadaNya.
Taqarub Illalah! Kerana Dialah Sang Pemilik Hati , Yang Menguasai Hati dan Maha Tahu Segala Isi Hati.

Persiapkan bekal kerana perjalanan itu jauh.
Tholabul’ilmi never ending!

Percantik diri dengan mempercantik  lahir dan batinmu.

Perbaiki diri kerana InsyaAllah di seberang sana dia pun sedang sibuk memperbaiki dirinya
Yakinlah…!! Bahawa Wanita yang baik hanya untuk Lelaki yang baik pula…

 Saudara… Jaga hijabmu agar sentiasa terpelihara..

Jaga Izzahmu kerana engkau adalah calon bidadari syurga.
Buatlah syair , puisi , atau surat cinta untuk sang belahan jiwa.
Curahkanlah segala perasaanmu selama dalam
penantian, tentang cinta dan rindu..
meskipun saat ini  kau tak tahu untuk siapa suratmu kau tujukan.
Allah sedang merahsiakan…
Tapi , yakinlah.. Sang Sutradara Kehidupan sudah mempersiapkan yang terbaik untukmu..

Berikanlah surat itu apabila saat waktunya tiba..
Biarlah waktu yang  bicara , kerana waktu tak pernah berdusta.
InsyaAllah, virus Cinta yang mencuba merosak komputer hati kamu semua di masa penantian ,
akan terscan  oleh anti virus Iman  dan syiar Cinta untuk dinanti..
Dan InsyaAllah pula,, ta’aruf kedua , ketiga , keempat dan ta’aruf – ta’aruf berikutnya di mahligai rumah tangga ,
akan semakin berbunga dengan adanya syiar-syiar indah perekat Cinta…
Jangan buat penantianmu sia-sia.
Bersegera, namun jangan tergesa-gesa,

Sebelum ijab Qabul keluar dari Lisan  ”Si Pemilik Cinta”‘ ,
hati-hatilah menempatkan perasaanmu,
kerana boleh jadi, Cintamu Salah Kau Alamatkan..!

Bila yakin telah tiba , teguhkan didalam jiwa,
Kesabaran menjadi bunga,
Sementara waktu berlalu,
Penantian tidak berakhir sia-sia…


Saat Perjalanan adalah pencarian diri,
Laksana Zulaikha menjalani hari,
Sabar menanti Yusuf sang tambatan Hati,
Di penantian Mencari diri,
Bermohonkan ampunan,
Di pertemukan…
.

Kerana Jarak


– Long Distance – by ~Grigari (devianart)

Kerana jarak  engkau putuskan aku
Kerana jarak engkau tinggalkan aku

Tahukah engkau yang sebenarnya jarak itu ada hikmahnya
Supaya kita tidak banyak melakukan dosa
Tahukah engkau Allah menjarakkan kita supaya kita mencintaiNya lebih dari segalanya.
Dan tahukah engkau yang Allah menjarakkan kita supaya kita merinduiNya dahulu sebelum kita merindui sesama sendiri. 

Sesungguhnya aku bersedih apabila diputuskan tetapi aku bersyukur kerana jaraklah aku meletakkan cintaku padaNya lebih daripada dirimu.
Dan aku redha dengan perpisahan ini kerana aku yakin kita bertemu kerana Allah, berpisah kerana Allah.
Dan tidak mustahil kita akan bertemu kembali keranaNya. 
Aku kembali bangun dari jatuh tersungkur kerana Allah sayangkan aku. 
Walaupun aku rasa Allah jauh tetapi sebenarnya Dia dekat dihatiku.
Selalu mendengar rintihan dan doa-doa yang kupanjatkan.

Sesungguhnya jika kita kembali bersatu atas jalan cinta yang diredhaiNya, 
Cuma satu pesanku, janganlah engkau menjadikan jarak ini sebagai satu penghalang untuk cinta yang diredhaiNya kerana apabila Allah mengkehendaki sesuatu, maka jadilah ia. 
Walau jauh kita berpisah, walau jarak yang menjadi penghalang cinta kita, percayalah kalau sudah tertulis di Luh MahfuzNya yang engkau adalah untukku, sejauh mana kita mengelak sekalipun, kita akan disatukan kembali keranaNya. 
.

Perigi Cari Timba : Haruskah Hanya Berdiam Diri?

Menjadi muslimah bukan beerti hanya pasif menunggu tambatan hati datang menghampiri. Muslimah juga boleh aktif dan aggresif, dan pastilah sikap agresif itu berlandaskan syari’e.
Perigi Cari Timba. Dalam keadaan tertentu, adalah dibolehkan untuk seseorang Muslimah untuk menawarkan diri kepada lelaki yang terbaik agamanya, dan elok kualiti akhlaknya. Dan pastilah bagaimana cara untuk menawarkan itu harus dicermati dengan halus supaya tidak membawa kearah negatif.
Telah datang seorang wanita kepada baginda rasulullah SAW dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata:
“Wahai rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku?” lalu ketika menceritakan hadis ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra : “Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai nabi SAW dan menawar dirinya demi kebaikan”.  ( riwayat Bukhari no 5120 , Nasaie dan Ibn Majah).
Risikonya adalah antara diterima atau ditolak. Kalau diterima maka hal itu merupakan sebuah jawapan yang indah dan kita inginkan. Tetapi jika ditolak, perkara ini adalah bukan sesuatu yang memalukan atau sesuatu yang hina. Malah hal ini merupakan ladang kesabaran yang akan mendatangkan pahala yang besar.

Disini peranan orang tengah menjadi penghubung yang paling penting. Jika orang tengah itu amanah dan bijaksana dalam melaksanakan misinya, insyallah jika ditolak sekalipun kita masih santai kerana kerahsiaan amat terjaga. Oleh itu kita harus memilih orang yang dipercayai memiliki sifat amanah sebagai wakil kepada kita untuk menyampaikan hasrat hati. Jika kita lihat Siti Khadijah itu sendiri dalam meminang lelaki terbaik di dunia, Rasulullah s.a.w. juga melalui orang tengah. Jadi, mengunakan orang tengah adalah jalan terbaik dan dan lebih mulia bagi seorang wanita. Orang tengah itu boleh jadi ahli keluarga terdekat, sahabat yang dipercayai, guru atau ustaz/ustazah kita.

Mahu meminang lelaki yang baik untuk diri sendiri? Ah… malu!

Malu tidak bertempat.

Jika melamar lelaki itu dibenarkan syariat, kenapa tidak?

Malu kerana tidak dibuat dek orang kita. Sedangkan syariat begitu luar melebar dalam menata hidup umat Islam. Cukup cantik dan cukup sempurna, berbanding keterikatan adat yang menyempit. Menyusahkan.
Kalau pun halangan ia melibatkan “harga diri” atau lebih mudah kita faham sebagai adat. Sesetengah orang kononnya, perbuatan ini dianggap sebagai “aib” atau menyalahi adat, aib ni boleh beri kesan sama ada pada perempuan ataupun keluarga.

Kenapa untuk sebuah kebaikan dan kemaslahatan hidup kita perlu kalah dengan adat sedangkn syariat membenarkannya, persoalan ini sebenarnya balik kepada kembali kepada masing-masing individu, mana yang lebih utama adat atau kebahagian yang sejati.

Sebenarnya, ada sesetengah adat dan syariat yang boleh dicantumkan. Dan jika ada pertembungan, bagi kita yang mengaku beriman dengan Allah dan Rasul, syariat itu diletakkan di hadapan sekali hatta pedang di leher sekalipun.

kesimpulannya, nak kawin ni senang cuma kita sahaja yang memberat-beratkan dengan pelbagai alasan. 

Adakah bila kita sukakan seseorang, kita hanya perlu duduk ditikar sejadah dan berdoa sambil mengharapkan jodoh atau orang yang kita sukai itu datang bergolek kepada kita? Tidak. Yang penting usaha. Ia senang. Jika sukakan seseorang, hantarkan wakil untuk menyampaikan hajat kita. Kemudian jika kedua pihak bersetuju, boleh lah aturkan perkara yang seterusnya.
Kalau kita ikhtiar untuk dapatkan jodoh pun dikira amal soleh. Dalam hal ini, tiada halangan bagi org perempuan untuk melamar lelaki, sebagaimana lelaki pun tiada larangan nak melamar perempuan. Syariat Islam memberi hak yang sama antara lelaki dan perempuan.
.
rujukan:
1. Halaqah.Net
2. I love Islam




Aku Kuat, Tidak Lemah Kerana Masalah Cinta


____W_e_a_k_____by_charlex
Weak by ~charlex devianart

 
 
Kita boleh kuat menghadapi kesendirian ini. Selalu berfikir bahawa soal cinta & jodoh ini hanyalah masalah waktu sahaja. Kalau sekarang dia belum juga hadir menyapa kita dengan senyuman manisnya, kita yakin satu saat nanti dia akan tiba. Dia hadir dengan sekarung cinta dan kasih sayang yang selalu kita nantikan, Menambat hati kepada pemegang hidup kita, Allah SWT akan lebih menenteramkan hati dan melembutkan jiwa. Rasa gelisah, gundah dan payah tersapu sudah oleh keyakinan iman yang menancap di dada.
“Saya kuat, dan sentiasa akan kuat”
Katalah kalimat itu dengan tatapan tajam ke cermin, kepalkan tangan dan tetaplah optimis. Air mata bolehlah keluar, kerana penantian yang tidak kunjung usai. Tapi air mata itu bukan air mata lemah yang mudah sekali menitik. Namun air mata itu adalah air mata harapan, yang akan menampung semangat kita untuk tetap bertahan dalam iman.

Kita bukan generasi yang mudah putus asa. Semangat yang kita miliki akan selalu mekar oleh jiwa yang kita miliki. Harapan kita hanya kepada Allah, dan harapan kita bukalah harapan yang main-main. Kita boleh berharap pada orang-orang yang kita andalkan, tetapi harapan pada Allah tidak boleh pupus begitu sahaja. Jesteru harapan kepada Allah inilah yang akan menjadi bara api dalam hati yang selalu memotivasikan hati. 

Allah tidak tidur, Dia kan selalu mendengar doa kita.

Tidak semua orang perlu tahu keadaan kita. Jadi tidak perlu bagi kita bercerita ke sana ke mari masalah yang kita hadapi. Kita hanya akan menyampaikan kepada Allah dalam solat malam yang kita dirikan. Berderai air mata tercurah, harapan yang begitu besar tertambat, hanya untuk Allah sang penjawab doa.
Boleh la sesekali bercerita kepada orang yang kita percayai, tapi JANGAN kepada setiap orang yang kita jumpai. Kerana boleh jadi kita akan lupa tentang apa yang kita keluhkan, tapi orang lain yang mendengarnya tidak akan pernah melupakannya.

Di Hadapan Orang Yang Kita Cinta



1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan
berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita
suka, hati kita akan gembira.

2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim
sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita
suka, musim itu cuma berangin sahaja.

3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang
kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat
ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan
tersenyum.

4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi
malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar.

5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk
berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita
akan bebas berkata apa saja.
.
6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita
cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang
yang kita suka.

7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan
turut jua menangis. Bila orang yang kita suka
menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka
bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti
menyukai seseorang yang kita suka umpama kita
membuang telinga kita.
Tapi jika cuba menutup mata
cinta berubah menjadi airmata. Setiap orang yang
hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.