Friday, 22 March 2013

MENYAYANGI : BAGAIMANA MENYAYANGI SESEORANG?



1. Menyayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu hubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia memang seorang yang istimewa dan biarkan ianya tetap begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain. Tapi kalau mengubah dia kearah lebih baik, itu adalah digalakkan. Contohnya dari freehair kepada bertudung :D 

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tetapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali  mempermain-kan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telah cukup sempurna semenjak anda mulai terpikat padanya.
6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga menginginkan begitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tetapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga. Sebab tu la cinta lepas kahwin lebih afdal :) 

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa alasan. Dia bukan hanya akan menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan – lahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda peroleh setelah anda mengahwininya dan berjaya menyayanginya hingga akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha dengan daya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus mencintai dirinya walau apapun keadaannya. Tapi ingat, jangan melebihi cinta kepada Allah



Cinta Membutakan Saya

“Mencintai seseorang bukanlah apa-apa. Dicintai seseorang adalah sesuatu. Dicintai oleh orang yang kau cintai sangatlah bererti. Tapi, dicintai oleh Sang Pencipta adalah segalanya.
Untaian kalimat yang seakan menusuk ulu hati saya, teringat bahawa selama beberapa bulan yang lalu begitu saya dibutakan oleh cinta yang palsu. Ya, cinta telah melumpuhkan fikiran saya dan memainkan emosi saya dengan begitu mudah hebat
Cinta…
Saya pernah dibuat mabuk  cinta. Entah bila saya mula berkenalan dengannya, dengan  cinta yang membuat saya seperti bukan diri saya yang sebelumnya. Cinta yang membuat saya rela melanggar prinsip yang bertahun-tahun saya pertahankan, yang telah membuat saya buta dan tuli dan mampu melakukan sesuatu yang sebelum ini tidak pernah saya lakukan, membenarkan sesuatu atas nama cinta.
Cinta tidak membuat saya berubah menjadi lebih baik tetapi sebaliknya.
Cinta yang dulu saya kenal membuat saya mudah sekali menangis sampai mata saya lebam. Kalau dikumpulkan mungkin air mata saya sudah sebaldi penuh. Cinta itu membuat saya mampu bangun ditengah malam kerana HP saya berdering, membuat saya rela berjaga sehingga pagi menjelang, hanya untuk berbual dengannya.
Padahal jika alarm pukul 3 pagi sepatutnya membangunkan saya untuk bertemu Sang Pemilik Jiwa, sering saya matikan dan terlelap kembali. Kalaupun terjaga, hanya tahujjud singkat. Tidak selama seperti saya berbual – bual dengan seseorang itu.  Separah itu cinta membutakan saya saat itu.
Dan kini, bagaimana khabarnya cinta itu?
Dimana dia yang dulu selalu ada untuk saya?
Semua sudah tidak ada lagi bersama saya. Sedangkan DIA yang selalu saya abaikan, yang selalu saya datangi hanya ketika saya memerlukanNYA, DIA tidak pernah berganjak menjauhi dari saya, bahkan ketika saya bersendirian DIA yang selalu menemani saya, menghapus air mata saya, mengubati luka hati saya.
DIAlah yang menggantikan apa yang hilang dari saya dengan yang lebih baik, jauh lebih baik dari yang saya harapkan. Tidak ingin lagi diri ini terjerumus pada cinta yang seperti itu lagi, saya ingin mengenal cinta yang datangnya hanya dari DIA dan kepada DIA saya persembahkan.
Tuhan…saat aku menyukai seorang sahabat, ingatkanlah aku bahawa ada sebuah pengakhiran sehingga aku tetap bersama yang tidak pernah berakhir.
Tuhan…jika aku hendak mencintai seseorang, temukanlah aku dengan orang yang mencintaiMU agar bertambah kuat cintaku padaMU.
Tuhan…ketika aku sedang jatuh cinta, jagalah cinta itu agar tidak melebihi cintaku padaMU.
Tuhan…ketika aku mengucap aku cinta padamu, biarkanlah ku katakan kepada yang hatinya tertaut padaMU, agar aku tak jatuh dalam cinta yang bukan keranaMU.

Bagaimana Menghilangkan Perasaan Selalu Resah

resah
resah
Saya tidak pernah yakin dengan diri sendiri kerana saya bukanlah gadis yang cantik. Saya tergolong dalam gadis yang biasa dan saya berbadan gempal. Saya juga tidak pernah bercinta. Saya sering mendengar rakan – rakan bercerita bahawa ramai lelaki yang tertarik kepada mereka dan cuba untuk meminang mereka.
Saya selalu tertanya – tanya apakah sebenarnya kekurangan pada diri saya, sehingga tiada orang sudi meminang saya. Untungnya, saya bukanlah satu – satunya orang yang bernasib sebegitu.
Kemudian saya masuk ke sebuah universiti dan berjaya membentuk sebuah kelompok yang terdiri dari gadis remaja. Saya tidak bergaul dengan kaum lelaki dan tidak mahu terlalu banyak berbual dengan mereka. Saya terkategori sebagai orang yang sensitif, cerewet, tidak menganggap mudah sesuatu masalah, serta selalu keresahan.
Daripada tidak yakin dengan diri sendiri kerana merasa diri tidak cantik, bagaimana jika kita merasa puas dengan kecantikan yang kita miliki? Tentunya diimbangi dengan berusaha memakai pakaian anggun dan menutup aurat, selalu tersenyum dan selalu tampil bertenaga.

Perasaan Selalu Resah

Satu perkara yang harus kita ketahui, biasanya cerita rakan – rakan tentang lelaki tertarik dengan mereka kerana ingin mengahwini mereka, biasanya dibesar – besarkan dan hanya khayalan. Oleh itu tidak perlulah terjebak lagi dalam perkara yang membanding – bandingkan diri dengan orang lain. Kerana setiap orang telah ditetapkan rezeki dan jodoh masing – masing.
Yang perlu dibandingkan adalah keadaan kita sekarang dan keadaan kita pada masa yang lalu, serta apa yang kita inginkan, kemudian imbangi semua itu dengan  usaha yang gigih. Aturlah diri secara konsisten, secara tenang dan santai dan merasa puas dengan apa yang kita miliki, sehingga kita berasa bahagia. Keresahan dan tekanan jiwa akan menghalang mimpi kita untuk menjadi kenyataaan.
Berdoalah seperti dicontohkan oleh Rasulullah saw. Nabi pun meminta pertolongan Allah, apa lagi kita, jauh lebih memerlukan pertolongan Allah. Maka berdoalah.
Ya Allah, aku memohon perlindungan denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, rasa lemah dan kemalasan, Aku memohon perlindungan denganMu daripada sifat penakut dan kebakhilan, dan aku mohon perlindungan denganMu dari bebanan hutang dan dikuasai seseorang
(Hadith riwayat Abu Daud)
Jangan terlalu takut untuk bergaul dengan lelaki, lebih – lebih lagi jika ia melibatkan urusan pelajaran dan kerja, kerana itu akan menyulitkan hidup kita. Pergaulan lelaki dan perempuan memang ada batasnya, pandai – pandailah kita meletakkan had yang sepatutnya dalam pergaulan. Berusahalah untuk optimis dan menghilangkan perasaan sensitif yang berlebih – lebihan, jadikan ia modal utama dalam menjalani hidup ini. Jika kita sudah boleh melakukan hal ini nescaya kita akan merasa percaya diri dan mampu menghilangkan penderitaan yang kita rasakan. Insyaallah.

resah
resah | Yang perlu dibandingkan adalah keadaan kita sekarang dan keadaan kita pada masa yang lalu, serta apa yang kita inginkan, kemudian imbangi semua itu dengan usaha yang gigih

Pelajaran Dari Puasa

the simple things
The Simple Things by ~di3ggo (devianart)

Sebenarnya banyak perkara yang ingin Allah tunjukkan kepada kita yang kerdil ini dalam amalan berpuasa
Antara hikmah tersirat yang terpenting dalam menahan dahaga, lapar dan nafsu ialah minda kita kurang melayang ketika berpuasa kerana dahaga, lapar dan nafsu.
Oleh kerana itu, emosi kita lebih tenang, kerana minda tiada masa untuk bersangka buruk, memikirkan perkara – perkara yang lepas, membayangkan masa depan yang menakutkan kita kerana sibuk menahan dahaga, lapar dan nafsu secara tidak sedar dan sedar.
Ketika berpuasa, kita sentiasa hidup dalam “masa kini”, yang lepas tidak dikisahkan, yang akan datang tidak sempat difikirkan. Ketika pagi tidak terfikir petang, ketika petang tidak terfikir pagi. Dan masa inilah juga manusia lebih mudah mencapai ketenangan dan terasa diri kurang membazir masa.
Pada pandangan saya, itulah antara perkara tersirat yang dilatih pada diri kita oleh Allah ketika berpuasa.
Sekadar renungan, betapa ramaikah antara kita yang belajar dan juga membawa perkara tersirat ini yang dipelajari setiap bulan Ramadhan dalam kehidupan seharian?
Senyum selalu =)

~ Motivasi oleh Tuan Ibrahim Tuan Man ( buku berjudul, “Senyumlah” )

Antara Dua Cinta


cinta
Sweet Sweet Love by ~pinkparis1233 (devianart)

Pintu tingkap dibuka. Angin sepoi sepoi bahasa meyapa muka. Aku suka pagi di uia gombak. Sangat tenang.
Mata beralih ke screen laptop. Seusai membaca mathurat selepas subuh tadi aku terus on laptop. Salah satu cara untuk tidak tidur lepas subuh mungkin.
Tiba tiba aku dikejutkan oleh satu suara dari belakang.

“oow, dah pandai bercinta ea sekarang..” ina menegur
.
“bercinta? Mana ada.” Soalku kehairanan.

“tu, kat laptop tu apa? Bukan bercinta namanya? Bukan main lagi letak wallpaper pasal cinta cinta ni.” Tambah ina lagi

Aku tersenyum. Pipi terasa panas.

“tengok, muka dah blushing. Nak tipu lagi konon.” Ina terusan mengusikku.

“Kau la, yang ajar aku bercinta ni. Kau jangan nak tinggal aku. Biar aku sorang sorang lepas kau kenalkan aku dengan dia” aku menambah.

“aku rasakan  bila orang dah angau bercinta ni, dia dah tak ingat benda lain dah. Ingat cinta tu je. Entah entah nanti kau yang tinggalkan aku “ ina seolah olah merajuk.

Aku tersenyum lagi. Kawanku sorang ni memang kalau dah merajuk, dialah no 1.

“ok, aku janji. Aku takkan tinggalkan kau. Tapi, aku minta maaf lar ye, kau takkan jadi no 1 dalam list aku.”
Ina memanjangkan muncungnya. “ ya, aku tahu. Aku mesti  takkan jadi no 1 punya. Memang sure la kan, kau akan letak dia no 1 dalam list kau. Aku dah agak dah.

“breakfast jom. Aku buatkan nescafe 3 in 1 untuk kau. Roti sapu mentega kacang sekali. Mahal tau pakej ni. Takkan dapat kat mana mana kedai” usikku.

“okey! Aku masakkan air ya. Kau sediakan roti” rajuk ina beransur hilang.
Aku tersenyum.

Aku masih ingat waktu aku tanya ina adakah dia pernah bercinta. Ina tersenyum sambil menjawab laju.”pernah”.

Aku terpana, aku tengok Ina bukanla budak biasa biasa. Bertudung besar,al-mathurat tak pernah tinggal,usrah tak pernah ponteng, malam malam aku mesti dengar ina membaca al-mulk sebelum tidur. Nak dibandingkan dengan aku. Macam langit dengan bumi. Macam bumi dengan matahari. jauh bedanya. Masakan ina tak tahu yang bercinta tu…

Ina memandangku kehairanan.” Kenapa muka macam nampak hantu ni” ina menyoal.

“Aku tengok kau sebagai budak yang sangat baik. Seorang wanita yang sangat solehah. Takkan kau tak tahu yang bercinta tu..” aku menyoal.
“bercinta tu apa?” Ina menyoal.

“bercinta tu haram.” Jawabku pendek.
Aku tahu bercouple itu haram walaupun aku sendiri punya teman lelaki, tapi aku memekakkan telinga membutakan mata dengan kenyataan itu kerana menurut hawa nafsu, mengikut arus buatan manusia. aku tahu yang benda ramai orang buat tu tak semestinya betul. Tapi aku abaikan semua itu.
Ina ketawa.

“cik adik sayang, bercinta tu tak salah. Cinta tidak terhad hanya antara lelaki dan perempuan. Cinta pada Allah,Rasul,keluarga, rakan rakan. Cinta pada haiwan, alam sekitar. Itu semua juga dinamakan cinta. Cinta itu tidak haram tetapi yang menjadikan cinta itu haram adalah pencintanya. Cinta antara lelaki dan perempuan itu dibolehkan tetapi selepas akad yang sah”. Kata Ina sambil tersenyum lebar.

“jadi, Ina sekarang bercinta dengan siapa?” tanyaku lagi
 
“cinta pada Allah. Pada Rasul dan keluarganya, cintakan keluarga dan sahabat sahabat.” Jawabnya ringkas.
“tapi, bahagia ke?”

Padaku kalau ada teman lelaki, setiap hari mesti ada yang bertanya khabar kita, ada yang risau bila sakit,ada yang sanggup tolong hantar makanan apabila kita lapar.ada orang pujuk bila merajuk. Padaku, ianya membahagiakan.
Ina tersenyum lagi.

“ ya, aku akui yang aku selalu saja tengok orang yang ada teman lelaki ni, senyum sorang sorang bila baca mesej. Tapi aku nak tanya kau, antara bahagia dan derita mana yang lebih banyak kalau ada teman lelaki ni? Aku tahu aku bukanlah pakar cinta, tapi aku tengok orang yang bercinta banyak sakit hati, kadang kadang menangis. Ada bahagianya tapi lebih banyak derita dan risauannya.” Kata Ina.

Tapi cinta itu fitrah. Jawabku lagi.
“ya, cinta itu fitrah. Untuk mencintai dan dicintai itu juga fitrah. Tapi jangan sampai fitrah itu jadi fitnah. Allah ciptakan kita bersama fitrah dan nafsu. Tapi Allah juga datangkan bersama akal dan iman untuk membantu kita dalam mengawal nafsu dan fitrah itu. Siapa kata cinta pada Allah, Rasul, keluarga dan kawan kawan itu tidak menyeronokkan. Cuba tengok dan perhatikan sekeling kita, setiap benda yang diciptakan adalah untuk kita. Haiwan, tumbuhan, matahari, air, pakaian.semuanya itu tanda cinta Allah pada kita. DIA tidak biarkan kita tanpa bekalan, tidak biarkan kita terkontang kanting selepas DIA menciptakan kita. Tapi DIA sediakan segalanya.  Apa alasan kita untuk tidak mencintai DIA setelah semua yang DIA berikan?.” Kata Ina panjang.
Aku mengangguk angguk tanda setuju.

“tapi, siapa nak pujuk kita bila kita sedih, hadiahkan benda yang comel comel” kataku lagi
Ina ketawa lagi menampakkan lesung pipitnya.

“Allah banyak kali pujuk kita dalam Al-quran. Cuba buka surah at-taubah ayat  40 kalau tak silap. kataNYA, “janganlah bersedih sesungguhnya Allah bersama kamu” . dalam surah ali-imran juga ayat 139

 “janganlah kamu berasa lemah dan jangan pula kamu bersedih hati kerana kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu oarng orang yang beriman”. Bayak lagi sebenarnya kata pujukan Allah untuk kita. Baca Quran, lihat tafsirnya sekali, hayati. Tika itu kita akan rasa Allah sangat dekat dengan kita. Bab yang nak hadiah yang comel comel tu, tunggu husband bagi la. Kata ina bergurau. Allah meraikan cinta antara lelaki dan perempuan tu dengan cara yang sangat mulia iaitu dengan perkahwinan” sambung Ina lagi.

“ya la, family aku selama ni pun bukannya tak bagi aku makan, dioranglah yang paling gelabah kalau aku sakit. Adik beradik aku pun walaupun selalu bergaduh tapi dioranglah yang mempertahankan aku bila aku kena buli dulu” sambungku.

Ina tersenyum. “tahu takpe”.

“dan yang teman aku pergi klinik, bagitau lecturer yang aku sakit adalah kawan kawan aku bukannya teman lelaki. Yang belikan bubur dan bising bising suruh aku makan ubat pun kawan kawan aku. Yang berhabis buatkan surprise birthday untuk aku pun diorang “Jawabku lagi.

“tapi Ina, bukan senang nak break up. Nak putuskan hubungan dengan orang yang kta cinta mati ni. Mungkin senang bagi orang orang macam kau yang tak pernah bercinta untuk bercakap. Tapi bagi yang tengah angau dan seronok dalam cinta tu, sakit ina, sakit.”kataku mengharapkan penjelasan.
Ina tersenyum lagi “ aku bukan suruh kau call atau mesej teman lelaki kau sekarang, cakap nak break off. Kenapa? Sebab bercinta tu haram. Aku tak suruh kau buat macam tu, kalau aku, aku pun terkejut dan memberontak.”

“Habis tu?” soalku.

“ do it step by step. Kurangkan berhubung. Kalau bukan keperluan tak payah text atau call. Nanti lama lama bila kau dah kuat, cakap yang kau nak berhenti dari terus macam tu. Kalau dia tanya kenapa, cakap yang mungkin itu yang terbaik dan kalau ada jodoh takkan ke mana. Jodoh itu urusan Tuhan, biar DIA yang tentukan.” Terang ina.

“ mungkin agak sakit pada mulanya. Sakit itu bukan sehari dua tapi mungkin berbulan bulan. Rasa awkward bila mana pagi pagi handphone kosong tanpa mesej.  Tengahari  tiada orang nak tanya dah lunch ke belum. Agak sakit. Aku tahu. Tapi kau kena ingat, Tuhan itu sentiasa ada untuk kita rely on. Kalau tiba tiba teringat, ingat yang kat depan Allah nanti kau nak bagi alasan apa kalau Allah tanya kenapa kau buat benda yang Allah larang. Kalau rasa sedih, cepat cepat mengadu kat Allah dan ingat janji Allah.
Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Perempuan yang baik takkan senang senang bagi cintanya pada yang tak pasti. Biarkan apa orang nak kata, kolot ke, tak up-to-date ke, berlagak alim ke, pedulikan. Ini bukan berlagak alim atau apa. Ini adalah suruhan Allah yang dah lama DIA cakap tapi kita yang baru nak buat. Yang tentukan syurga neraka, yang memberi rezeki adalah DIA. kau takkan mati dengan cemuhan mereka, pandangan Allah itu yang utama bukan pandangan manusia.
Sibukkan diri dengan aktiviti aktiviti, pujuk hati, tambah rakan rakan yang mampu bawa kau ke jalan yang diredhaiNYA. Sehingga satu hari nanti, aku yakin yang kau akan lebih bahagia begini.percayalah. take your time. Allah nilai setiap usaha, walaupun kecil” sambung Ina lagi.

Air mataku hampir menitik. Aku mengetap bibir. Tekak  terasa berpasir, dada sakit menahan sebak.

“tapi Ina, aku tak kuat. Aku takut Allah tak pandang aku”.

“ sungguh Allah itu maha pengampun maha penyayang. Maha pengasih. Kita tidak pernah terlambat untuk berubah, selagi nyawa belum berpisah dari jasad, selagi matahari belum terbit dari barat, selagi tu kau punya peluang untuk bertaubat. Kau beruntung, sebab saat ini Allah sedang menegur kau dengan bisikan, kau sekarang punya pilihan. Untuk ke arah yang lebih baik atau sebaliknya. Tuhan itu tahu setakat mana kemampuan kita . DIA tahu kau mampu sebab itu sekarang DIA sedang sentuh hati kau.” Sambung Ina .

Air mataku akhirnya tumpah.

“hei,mana rotinya?” tegur Ina.

Aku tersedar dari lamunan panjang.
“jap, jap tengah buat la ni” jeritku dari compartmentku.
Ina datang membawa dua gelas air.

“ina, terima kasih sebab ajar aku bercinta. Cinta pada DIA yang utama. Meletakkan DIA no 1 dalam list aku. Terima kasih sebab sedarkan aku cinta siapa yang patut diutamakan.” Kataku perlahan.

“kenapa tiba tiba buat drama swasta ni” kata ina smbil tergelak.

“yang sentuh hati kamu itu adalah DIA bukan aku, aku hanya penyampai” jawab Ina sayu.

“sekarang siapa heroin drama swasta ni?” kataku tika melihat sayu muka ina.

Ketawa kami pecah dalam tenang damai waktu dhuha.

Masih Belum Terlambat Sayang

Masih belum terlambat
Masih belum terlambat
Aku juga wanita. Seperti kalian. Aku juga pernah tersasar dari landasan suatu ketika dulu. Aku juga pernah dikecewakan, dipermainkan, dipersendakan, dan dicarik-carik hati ini oleh insan yang bernama lelaki. Aku pernah.
Aku yakin kamu juga pernah. Kamu yang bernama wanita. Kamu pernah memberi hati kamu dengan seikhlas hati, ditabur janji manis tinggi ke langit, dihambur kata-kata yang membuat kamu berada di awangan, kamu juga pernah tersenyum lebar kerana berasa diri disayangi, ditatang bagai minyak yang penuh, dan hidupmu dipenuhi dengan kebahagiaan.
Alangkah indahnya jika dia yang halal buatmu.
Kan sayang?
Malu tak rasanya kalau kita berdampingan dengan seorang lelaki yang bukan muhrim di khalayak ramai?
Malu tak rasanya jika kita saling berpegangan tangan dengan seorang lelaki yang bukan muhrim di hadapan orang ramai?
Malu tak rasanya dengan persepsi dan pandangan orang ramai bila melihatkan keadaan kamu?
Malu tak sayang?
Ya, abaikan pandangan manusia. Utamakan pandangan Allah.
Bukankah Allah melarang kita untuk berdua-duaan bersama yang bukan mahram?
Berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim pun haram apatah lagi bergesel badan, memegang, memeluk, mencium yang bukan muhrim? Masyaallah.
Siti Aisyah r.a ada berkata:
“…demi Allah, tidak pernah Rasulullah s.a.w menyentuh tangan seorang perempuan lain yang bukan mahramnya, hanya baginda membai’ah mereka dengan percakapan.”
(Riwayat Imam Ahmad)
Subhanallah!
Bagaimana dengan kita? Berapa kali kita tersentuh dengan yang bukan muhrim sepanjang kita hidup di bumi Allah ini? Tanya pada diri sendiri. Kenang kembali dosa-dosa lalu. Astaghfirullalazim.
Wahai wanita yang disayangi Allah..
Jika kamu pernah melanggar perintah Allah dan jika kamu masih bernyawa ketika ini, saat ini, masih belum terlambat sayang.
Masih belum terlambat untuk melakukan taubat nasuha.
Masih belum terlambat untuk berubah.
Masih belum terlambat untuk membersihkan jiwa.
Masih belum terlambat selagi kita masih bernyawa.
‘kotornya aku! Adakah Allah akan menerima taubatku?!’
Insyallah sayang. Berusaha, raih kembali cinta ilahi. Jangan sesekali kamu berputus asa meraih kembali cinta Allah. Allah sentiada ada dengan kita. Sentiasa.
Wanita, mahalkan maruah dirimu. Tidakkah kamu tahu harga diri wanita tersangatlah mahal? Alangkah ruginya jika kita memberi segala-galanya yang kita punya kepada yang bukan muhrim? Apakah yang akan kita berikan pada suami kita nanti?
Masyallah.
Berubahlah sayang, bertaubatlah. Masih belum terlambat. Bersyukurlah Allah tidak menarik kembali apa yang Dia berikan pada kamu sepanjang hayat kamu. Kembalilah padaNya.
Allah tidak pernah meninggalkan kita. Percayalah. Dia sentiasa bersama kita. Bangkitlah sayang. Keluar dari dunia yang penuh dengan noda ini. Utamakan akhirat. Sesungguhnya dunia hanyalah sementara. Carilah bekalan untuk akhirat sementara hayat masih dikandung badan.

Taubat, Sesungguhnya

taubat
Taubat, taubat dan taubat.
Photo credit to : pintu taubat by ~ idesegar (devianart)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
.
Suatu hari~
Abang : Adik buat apa tu?
Adik : Fikir.
Abang : Berfikir? Haih.. hari dah mendung ni. Jom masuk.
***
Abang : Adik tengah fikir lagi ke?
Adik : Aah.
Abang : Tapi… abang tengok adik ni macam bukan berfikir je. Risau mungkin.
Adik : Hmmm… dua-dua.
Abang : Kantoi. Ha! Cuba cerita dekat abang apa yang menyebabkan adik jadi macam ni?
Adik : Sebenarnya…
***
Abang : Ok. Ambil masa, kita tarik nafas sama-sama. Lepas tu, kita hembus perlahan-lahan. Tenangkan diri. Kalau rasa dah ok, luahkan je.
Adik : Erm… adik takut.
Abang : Takut? Adik takutkan apa sebenarnya? Hantu ke? Atau ibu dan ayah?
Adik : Bukan. Itu semua ok. Cuma adik takutkan yang satu ni.
Abang : Apa dia?
Adik : Hari kita berjumpa dengan Allah.
Abang : Ok. Abang kurang jelas.
Adik : Ye la. Bukankah dosa itu yang membuatkan seseorang itu gelap (tidak nampak) pada hari kemudian? Jadi, macam mana nak jumpa dengan abang, akak, ibu, dan ayah? Macam mana nak jumpa dengan Rasulullah? Macam mana nak masuk syurga Allah?
 Abang : Astagfirullah…
The End~
.
Titik hitam (dosa). Semua orang layak ada. Namun, adakalanya ia sukar dibersihkan akibat terlena daripada alam dunia. Semalam kita berdosa. Hari ini pula, sama. Esok, kemungkinan juga ada. Semuanya antara sedar mahupun tidak. Sengaja, atau tidak.

Taubat.

Tidak perlu tunggu sampai seru. Seruan itu, sentiasa menyeru. Diri, antara mampu mahu atau mampu tidak mahu. Kembalilah kepada fitrah asalmu. Bukankah itu yang engkau mahu?
“Sesungguhnya Allah itu, mencintai orang yang sering bertaubat, dan menyucikan diri” Surah Al-Baqarah ayat 222.
Kita tidak berhak menunda-nunda taubat, dengan berpegang pada kemurahan Allah, rahmat dan ampunan Allah. Allah memang Maha Pemurah, tetapi Allah juga Maha Perkasa, Maha Hebat siksa-Nya. Kita harus sedar, bahawa maut boleh  menjemput kita bila – bila masa sahaja.
“Tunjukkanlah kami ke Jalan yang lurus.” (Al-Fatihah:6).
Iaitu jalan yang dilalui oleh para salafus soleh, para pengikut anbiya’, sahabat, dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan setia hingga hari kiamat kelak.
Sesungguhnya, Tuhan Yang Maha Esa itu sentiasa bersama kita!
.