Friday, 22 March 2013

Lahirnya Seorang Insan

lahirnya seorang
lahirnya seorang insan itu | baby foot by ~ emilylynch

Dengan nama Allah, Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.
Dia seorang perempuan dahulunya. Tidak berapa matang dalam memikirkan hal diri, keluarga, dan masa hadapannya. Selalu inginkan teman disisi sebagai penghibur diri daripada perasaan yang sunyi. Masa lapangnya dihabiskan bersama dengan sang kekasih. Dan kekasihnya itu adalah seorang lelaki. Dia seorang lelaki dahulunya.
Suka berseronok hampir setiap masa tanpa rasa jemu. Rasa seronoknya bukanlah di rumah. Jauh sekali di surau dan di masjid. Melepak, dan membuang masa adalah tabiat yang digemarinya. Jika mempunyai masa, dia akan membawa sang kekasih bersama. Kekasihnya itu adalah seorang perempuan.
.

Kisah dahulu

Ibu bapa si lelaki : Pada hari ini, ayah dan ibu mengajak semua berhimpun di rumah ini disebabkan ada beberapa perkara penting yang ingin dibincangkan. Dan, ayah dan ibu ingin memohon maaf atas sebab menganggu ruangan masa kamu berdua bersama. Maaf.
 Si lelaki dan si perempuan diam tanpa bicara.
Ibu bapa si perempuan : Macam ni. Makcik dan pakcik amat risaukan keadaan kamu berdua. Sangat. Bukan sebab cakap-cakap orang, jiran semua. Sebabnya adalah keadaan sekarang yang sangat dahsyat. Kes itulah, kes inilah, macam-macam lagilah. Takut.
Tibat-tiba keadaan sepi seketika. Masing-masing mendiamkan diri. Mencari hikmah bicara, dan kekuatan agar kebenaran tidak akan bersembunyi di lubuk hati.
Si lelaki : Tapi, kami tidak buat apa-apa. Cukup hanya keluar dan berpegang tangan sahaja. Tidak lebih daripada itu.
Si perempuan : Ya. Kami masih lagi menjaga maruah, serta jaga nama baik ahli keluarga. Kami tidak melebih.
Terkedu. Darah muda, barangkali. Untuk belajar memahami, perlu memulakan dengan berlapang dada. Berbaik sangka!
Tua dan muda. Ada titik persamaannya.
.

Kisah kini.

Suami : Sayang. Dah dua tahun kita berkahwin. Tak lama lagi, akan ada insan baru dalam keluarga kita.
Isteri : Ya abang. Sayang tidak sabar menunggu. Inilah zuriat yang pertama kita. Cucu keluarga tok ayah dan tok ibu.
Mereka tersenyum.
Takdir Tuhan melebihi perancangan manusia. Namun, dengan niat yang suci dan murni.. Tuhan itu Maha Mengasihani pada para hamba-Nya. Niat ibu dan ayah menyatukan mereka, semuanya adalah kerana ingin memelihara agama dan menutupi segala pintu-pintu fitnah. Dan ya, kadangkala kita sebagai anak, yang masih lagi muda dan bergetah.. mudah sahaja melenting. Mudah sahaja bertindak melulu. Sebenarnya, kita tidak berapa faham dan tahu.
Sehinggalah sampai satu masa, kita sendiri merasainya. Pada ketika itu, barulah kita mengerti, dan berasa sangat berterima kasih pada ibu dan ayah. Jasa mereka, tidak mampu kita membalas semuanya. Hanya doa, yang mampu menyatukan ikatan cinta antara anak dan ibu bapa. Insya-Allah!
Dan kini, usai beberapa tahun menempuh alam perkahwinan, zuriat pertama telah dianugerahkan.
Alhamdulillah.
Bermula dengan memberi khabar gembira atas kelahiran bayi, diikuti dengan azan dan iqamat, tahnik, memberi nama yang baik, pengurusan uri, akikah dan bercukur rambut, dan disempurnakan dengan berkhitan. Semua dilakukan dengan baik dan sempurna. Semuanya, atas kerana memohon keredhaan-Nya. Semuanya kerana mencintai baginda saw.

Lahirnya seorang insan itu,

kerana ingin menyempurnakan kebenaran yang berpaksikan keimanan. Lahirnya seorang insan itu, kerana ingin menyempurnakan saf-saf hadapan sewaktu solat berjemaah dan barisan kepahlawanan. Lahirnya seorang insan itu, kerana ingin berbakti pada diri, keluarga, masyarakat, dan pada Allah SWT dan Rasul-Nya.
Lahirnya seorang insan itu, kerana ingin mengajak insan-insan lain supaya kembali kepada fitrah. Lahirnya seorang insan itu, kerana ingin mentaati Tuhan yang Maha Esa. Lahirnya seorang insan itu, kerana ingin menjadi hamba-Nya dan khalifah-Nya. Lahirnya seorang insan itu, kerana ingin menyempurnakan amanah.
Maka, sahutlah dengan baik apabila lahirnya seorang insan itu. Peliharalah dirinya, dengan sebaik mungkin. Kerana, insan yang seorang itu adalah seorang anak. Anak itu adalah permata ibu bapa. Anak itu adalah harapan agama. Anak itu adalah kebanggaan baginda. Anak itu adalah cinta yang dikurniakan oleh-Nya buat kita semua!
“Ya Allah, Engkau Tuhan kami. Dan Nabi Muhammad, adalah Nabi kami. Dan Islam agama kami. Kami terima, kami redha.”

HIJRAH CINTA

hijrah cintaDamia Qaisara hayun langkah laju. Tangisnya tak dapat dibendung lagi. Sampai saja di rumah, cepat-cepat dia masuk ke bilik. Pintu bilik dihempas kuat. Kuat.
Danial naik pelik. Tak sempat bertegur sapa. Tak sempat memberi salam. Kenapa dengan kembarnya? Tak pernah dia begitu. Ini pertama kali dia berkelakuan begitu. Selalunya hanya wajah ceria dan gembira saja yang menghiasi wajahnya. Apa kena?
Pintu bilik Mia dikuak,
“Mia, are you okay? Worry bout you sister.” Risau Danny melihat Mia.
“Nothing Danny, Mia tension study je…” hambar suara Mia.
“Orang lain you boleh tipu my dear, you’re my twins. Half of me is in you. Tell me.” pujuk Danny. Sayu hatinya melihat Mia begitu.
“Danny… lend me your shoulder please..” pinta Mia.
“Come..”
Laju bibir Mia membuka cerita. Dia baru tahu teman baiknya Aliff sudah punya teman wanita. Cinta dalam diamnya berakhir kini. Memang kebanyakan masanya di kolej dihabiskan bersama Aliff. Ke mana saja dia pergi, Aliff pasti menemani. Study, discussion, presentation pun selalunya mereka bersama. Tup tup Aliff cuma anggap dia teman biasa. Bertahun mereka berkawan , manela tak meraung si Mia. Frust.
“Ini ke yang buat Damia Qaisara meraung macam hilang anak ni… Eke elehh, come on Mia, tak rock la gini.” gurau Danny, sengaja menceriakan suasana.
Buk! Sebiji bantal kena ke muka Danny.
“Heyyy, be seriousla brother, orang tengah sedih dia buat lawak tak berkualiti. Tak lawaklah… ” lemah saja jawapan Mia.
“Oww, sorry2.. Mia, listen this. Cinta ni kadang-kadang datang sebagai ujian untuk kita. Allah bagi rasa cinta ni untuk uji macam mana kita kawal rasa ni. Jangan tergadai jiwa cuma sebab cinta manusia. Who knows Allah dah aturkan yang lebih baik untuk Mia. Mia tak tahu. Abang tak tahu. Ma and Abah pun tak tahu. Takde siapa-siapa tahu Mia. Only HIM knows. Have faith. Trust HIM more. Mia kuat kan sayang.” diusap kepala Mia seperti anak kecil.
Dipandang wajah Danny. Kasih sungguh dia pada kembarnya itu. Temannya kala suka dan duka. Jarang dia menangis begitu.
“Thank you abang, feel much better.” terharu Mia dengan layanan abangnya, Danny.
“No biggie sister. Saya kan abang. Haha. Dah, pegi mandi sana. Ambil wudhuk and solat. Baca Quran. Insya’ Allah, you will be much much better. Okay, go now.” arah Danny.
“Ayyai kapten! Mekaseh… ” suara Mia berbunga ceria semula.
Didik hati. Dekati rabbi. Itulah terapi hati.^^
……………………………………………………………

“Abang, did you see my handphone?” Mia tercari-cari di ruang tamu. Silapnya juga, handphone nya disenyapkan.
“Ni haa……atas …me..meja.”lambat-lambat dihabiskan ayatnya. Danny menganga melihat Mia. Mia in jubah! JUBAH weyhh.. Bukan jeans lagi. Bukan mini skirt. Bukan.
“Apesal tengok Mia  macam tak pernah tengok orang seyh…” tanya Mia. Pelik dengan tingkah Danny.
“Wohooo.. Since when Mia pandai pakai jubah ni. Sweetnyeee! “
“Since hijrah menyapa.. Heee..” senyum Mia.
“Alhamdulillah, good to hear that. Moga istiqamah ya.. Hehe. ” gembira Danny dengan perubahan Mia. Satu-satunya adik kesayangannya. Adik kembarnya.
“Insya’ Allah, doakan Mia. Okay, Mia pegi kolej dulu ya. Love you brother.. ” jawab Mia riang.
Indahnya aturan Allah! ^^
hijrah cinta
hijrah cinta | hijrah cinta | hijrah cinta | hijrah cinta | hijrah cinta | hijrah cinta | hijrah cinta | hijrah cinta | hijrah cinta | hijrah cinta | hijrah cinta | hijrah cinta | hijrah cinta | hijrah cinta
…………………………………………………………….
Dah masuk lima bulan peristiwa itu berlalu. Mia mahu usir jauh-jauh kenangan itu.
“Mia, aku kagum la tengok kau. Cool je kan even Aliff dah buat macam tu.” ujar Faten. Teman baik Mia di kuliah.
“Ahah, tak payah nak kagum sangatlah. Aku kena kuat Faten. Kalau aku terus-menerus frust menonggeng gitu, hmmm habesla aku. Ingat tak Allah dah pesan dalam surah Al-Baqarah ayat 155, ‘Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar’.See, Allah nak kita kuat. Nak kita sabar. Dah bukan jodoh aku dengan dia Faten. And aku rasa syukur,  Allah bagi aku peluang untuk kembali pada DIA. Lebih dekat. Dekat. ” Mia senyum.
“Betul. Kita ni kadang-kadang rasa kitalah yang paling kuat ujiannya, paling susah kehidupannya, tapi, sebenarnya bila fikir-fikir balik, ada orang yang lebih berat ujiannya, lebih susah kehidupannya. Kita ni je haa yang jarang benar nak rasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Asyik rasa tak cukup je. Asyik rasa kurang je. Selagi tak dapat apa yang kita betul-betul nak, selagi itulah kita tak pernah rasa puas. ” tambah Faten.
“Kann.. Kita kena percaya bahawa Allah dah aturkan sebaik-baik kehidupan untuk kita. Cuma lambat atau cepat. At that time la Allah uji adakah kita benar-benar bersungguh dengan apa yang kita hajatkan. Takut-takut cuma hangat-hangat tahi ayam je. Samala macam ujian cinta yang Allah beri ni. Kalau kita betul-betul bersungguh dengan ikatan ni dan yakin bahawa si dia boleh bawa kita menuju SyurgaNya, kenalah rajin berdoa, mintak Allah dekatkan. Kalau lagi bagus, minta restu mak ayah. Bukan setakat I love you, You love me tapi tak ada apa-apa effort ke arah perkahwinan. Useless. Baik hentikan jelah. ” terang Mia.
“Fuhh, kau ni boleh tahan jugak kan bab-bab macam ni. Ehemmm.. Hehe.”gurau Faten, saja mengusik.
“Hahaha.. Kalau setakat share sikit-sikit macam ni bolehla, kalau nak suruh aku terang panjang lebar macam Tanyalah Ustazah tu tidakla, ilmu senipis kulit bawang lagi. Hihihi… “jawab Mia, tersenyum.
Manisnya cinta kerana Dia.^^

…………………………………………………………………………

Mia sudah melangkah ke tahun akhir. Tak sabar rasanya mahu menamatkan pengajian. Cintanya pada insan bernama lelaki sudah lama tidak mengisi  kotak fikirannya. Soal jodoh diserahkan pada ibu bapanya. Moga Allah mempertemukannya dengan insan yang lebih baik. Bukan fobia, cuma lebih berhati-hati, takut-takut tersasar lagi. Cukuplah sekali.
Andai cinta sudah bertandang, Mia harap benar biarlah cinta ini hadir keranaNya. Kadang-kadang manusia mudah lupa. Mudah lalai. Mudah alpa. Perlu ada teman yang sentiasa mengingatkan. Perlu ada teman yang sentiasa mendoakan. Teguran tanda kasih. Teguran tanda sayang. Penuh kasih sayang. Ingatan itu perlu. Bukan bermusim . Tapi biarlah selalu.

Moga hijrah cinta ini keranaNya, bukan kerananya.

hijrah cinta

Itu tanda Allah Cinta Kita : Tak Percaya?

 tanda Allah cinta kita
Tanda Allah cinta kita | for the love of god ..
“Hasbunallah wa ni’mal wakil
Ni’mal maula wa ni’man nasir
Hasbunallah wa ni’mal wakil
Ni’mal maula wa ni’man nasir”
Lagu : Hasbunaallah [ Yoga Al Ghazali ft. Ajeng ]
Dalam kita meniti kehidupan di dunia yang sementara ini, setiap dari kita pasti tidak akan lepas dari menempuh sebarang ujian. Anda percaya atau tidak, ujian ini adalah tanda Allah cinta kita, buat kita semua?
“ Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta. “  
( Al Ankabut 2-3)
Nah..
Jelas bukan?
Allah menguji kita kerana DIA ingin jadikan kita orang yang beriman. Tidak inginkah kita menyahut cabaran hebat dari Allah ini?

Tanda Allah Cinta kita

Ya. Saya sangat pasti di saat kita diuji dengan sesuatu ujian itu, pasti kita kadang-kadang jatuh tersungkur, terasa susah untuk bangkit dan terus melangkah. Namun, persoalan yang perlu kita tanyakan pada diri kita ialah, adakah apabila kita ditimpa dengan sesuatu ujian itu menyebabkan kita hilang nyawa? Hilang oksigen? Tidak bukan. Kita masih lagi mampu berjalan walaupun mungkin perlahan. Kita masih lagi mampu tersenyum walaupun tawar. Alhamdulillah, kita masih lagi hidup.
Kerana apa?
Ya. Sudah tentu kerana keizinan dari Allah. Peluang yang DIA berikan untuk kita menghadapi segalanya dengan penuh keimanan & ketaqwaan. Bukankah ini tanda Allah cinta kita?
Apa yang lebih utama, percaya atau tidak. Di saat kita diuji itulah saat di mana kita merasakan DIA adalah segalanya dalam hidup kita. Tanpa perlu kita mengharapkan orang lain sebagai penolong kita. Kerana di saat itu, kita tahu. Hanya ALLAH yang mampu untuk membantu kita.
Maka. Dari situlah bermulanya untuk kita berusaha solat dengan penuh khusyuk. Doa dengan penuh rendah diri diiringi dengan air mata yang jatuh berguguran. Hati sentiasa basah dengan zikirullah. Subhanaallah.. Jika kita mampu melihat meter amalan kita pada waktu ini, mungkin sahaja mencecah 200%! Allahu Akhbar. Sayangnya Allah pada kita. Kerana di saat inilah kita merasakan Allah sahajalah satu-satunya yang paling hampir dengan kita.
Percayalah…
Allah tidak akan pernah meninggalkan kita sendirian.. Namun, bisa sahaja kita yang meninggalkanNya.
Saat kita merasa ujian itu sangat berat untuk kita, saat itulah DIA sedang menunggu kita menghamparkan CINTA kita untukNya.
Ayuh! Kembalilah kita bermujahadah meraih cintaNya,
Sebelum tiada lagi waktu yang setia bersama kehidupan kita.

Ayah : Solehah kah Aku Untukmu?

solehah
solehah
Sering sahaja kita membaca tentang bagaimana menjadi isteri solehah untuk suami soleh  Namun, jarang kita bermuhasabah, adakah kita telah berjaya menjadi yang solehah untuk insan yang selayaknya king of our heart  kita iaitu seseorang yang bergelar ‘ayah’.
Tahukah atau sedarkah kita, selagi kita tidak berkahwin. Ayah kita lah yang menanggung segala perkara yang bersangkut paut dengan diri kita sehinggalah ke dosa-dosa kita? Ayuh.. Kita mula renung-renungkan..
Pernah atau tidak kalian bayangkan suatu hari yang sangat damai.. kalian akan akan mendapat berita yang ayah kesayangan kalian telah pergi buat selama-lamanya? Tanpa sempat kalian menyatakan maaf buatnya. Tanpa sempat kalian mendengar kata-katanya buat kali terakhir dan tiba-tiba kalian di beritahu yang ayah kalian telah pergi untuk selama-lamanya dari dunia ini. Allahu Akhbar. Saya jamin dan yakin seperti ingin gugur jantung kita di saat itu.
“ dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu Yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah amat mendalam pengetahuannya mengenai Segala Yang kamu kerjakan.” Al munafiqun:11
Pasti. Dan amat pasti. Kematian seseorang yang bergelar ayah itu akan berlaku. Persoalannya, sudahkah kita menjadi anak yang soleh dan solehah untuk beliau sebagai bekalannya di alam kubur sana?
Ingat kah kita tentang hadis ini, daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.” (HR Muslim).
Suka untuk saya menyatakan usah kita hanya sibuk untuk menjadi soleh/solehah buat suami/isteri atau bakal suami/isteri. Namun, berusahalah dan kejarlah juga ciri-ciri untuk menjadi yang soleh dan solehah buat kedua ibu  bapa kita. Kerana mereka  yang sangat-sangat berjasa dalam kita membina kehidupan di muka bumi ini.
Di akui kita juga manusiawi. Lumrah alam manusia sentiasa terjerumus atau terjatuh dalam lembah kehinaan sang syaitan. Namun, ayuhlah sama-sama kita muhasabah sentiasa bagaimana cara untuk kita menjadi anak yang soleh dan solehah buat kedua ibu bapa kita supaya doa kita diterima sebagai ‘bekalan’ untuk mereka di ‘sana’.

Tujuan apa untuk kita menjadi solehah?

Buat muslimah yang di kasihi. Ayuhlah kita mengingatkan kembali diri kita. Tujuan apa untuk kita menjadi solehah? Adakah semata untuk mendapat suami soleh? Sedangkan telah-telah kita mempunyai seorang kekasih sejak azali yang bersama-sama berdampingan dengan kita. Kita juga turut perlu menjadi solehah buat ayah kita. Kerana kita hanya punya satu ayah.
Lagi-lagi jika ayah kita telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya kerana berjumpa dengan penciptaNya. Subhanaallah. Bagaimanakah nasib beliau di sana? solehahkah kita untuk beliau? Adakah doa-doa kita untuk beliau sama seperti doa-doa kita buat bakal suami kita atau suami kita?
Cuba hayati bait-bait nasyid ini :
“ketika berjauhan
Masihku rasa hangat kasihmu ayah
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku

Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan”
Percayalah wahai muslimah. Apabila kamu berusaha menjadi yang solehah untuk ayahmu. Secara automatiknya kamu juga akan menjadi yang solehah buat suamimu. Rijalmu.
Jangan kita menyesal di kemudian hari. Di mana kita merasa teramat rindu untuk menyebut perkataan ‘ayah’ untuk seseorang yang bergelar ayah ketika beliau telah tiada di dunia ini. Jangan kita merasa telah terlambat untuk kita menyatakan kasih – sayang kita kepada beliau. Jangan kita merasa derita kerana telah terlambat untuk kita memohon maaf.
Ayuh, kita renung-renungkan…

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=38kqFq0llPA


Muhasabah diri seorang anak yatim (20 Julai 2012/30 syaaban 1433H) pada 12 Mac 2013.

Kecewa Dan Bimbang Untuk Menempuh Masa Depan

  kecewa
bimbang dan kecewa

Kita benar – benar bingung dan kecewa

Kita ada perasaan ingin berjaya dan hidup yang lebih baik, tetapi malangnya kita tidak tahu jalan untuk menuju ke sana. Kita mempunyai cita – cita yang tinggi tapi apada masa yang sama kita merasakan kecewa dengan hidup kita, kerana kemiskinan, kebodohan dan rasa malu yang melampau – takut untuk melangkah.
Kita mempunyai cita – cita lain, tetapi terpaksa belajar atau bekerja dalam bidang yang langsung tidak kita sukai. Semua ini menyebabkan kita sering pasrah dengan masa hadapan dan selalu ada masalah – masalah yang sering menimpa kita.
Sebenarnya salah satu kunci utama kejayaan adalah kemampuan kita dalam menentukan sasaran hidup yang jelas, malaksanakannya dengan sabar dan tekun, mencari punca kelemahan dan seterusnya berusaha memperbaiki kelemahan itu.
Paling setidak – tidaknya pun, kita harus memastikan kelemahan itu tidak mengganggu dan menghantui kehidupan kita.
Inilah sebabnya penting untuk kita mulakan segalanya dengan perancangan yang baik untuk memperbaiki diri kita. lakukan pelbagai usaha sehingga kita menemui apa yang dirasakan paling baik dalam hidup kita.
Ingatlah, mengharungi segala rintangan yang ada dalam hidup itu adalah sangat penting, terutamanya dalam menangani perasaan bingung untuk menghadapi masa depan. Pengalaman mendewasakan, pengalaman itu adalah guru yang terbaik.
Jangan lupa betapa pentingnya untuk merasa percaya pada diri dan mempunyai kesedaran untuk berusaha mengubah kehidupan seperti apa yang kita inginkan. Yang penting adalah sebuah usaha yang tiada henti. Kita harus kuat dan memiliki kesabaran yang tinggi.
Jika tiba – tiba sahaja perasaan takut dan kecewa itu menjengah, maka bersegeralah untuk membuang perasaan itu dan menggantikannya dengan perasaan yang tenang dan bersangka baik (husnudzon) kepada Allah SWT. Jika kita mempunyai perasaan malu yang berlebih – lebihan, cubalah untuk menghilangkannya dengan lebih banyak menenangkan jiwa dan percaya serta yakin tidak ada apa yang boleh membuatkan kita merasa malu.
Memang, rasa malu itu adalah perlu. Namun jika rasa malu itu terlalu berlebihan ia akan menyebabkan hilangnya rasa percaya pada diri.
Yakin dan percayalah, kita akan berjaya mencapai kejayaan, dengan syarat kita tidak terburu – buru. Sentiasalah bersabar sehingga semua impian kita menjadi kenyataan. Insyaallah
” … Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.”[Surah At-Talaq, 65: 2-3]

Mengapa Kesusahan Itu Hadir?

kesusahan
k
Janganlah berasa hairan atau marah disaat kesusahan datang. Bukankah setiap waktu ia sering datang berkunjung? Apakah kita berasa hairan dengan hal yang selalu menyapa hari – hari kita? Haruskah kita marah atas sesuatu yang membuat hidup kita lebih berwarna dan penuh cabaran?
Pertanyaan sebegitu sering muncul apabila seseorang mengalami kesusahan yang besar dan dia berasa tiada satu hal pun dalam hidupnya yang berjalan dengan sepatutnya. Seolah – olah kesusahan sering menimpa dirinya.

Apakah anda juga pernah berasa kesusahan yang besar dalam hidup?

Pada umumnya manusia lebih menyukai hal – hal yang mudah dibandingkan hal – hal yang menyusahkan. Sekiranya manusia diberi pilihan, mereka tentu akan memilih yang paling mudah dan paling baik untuk dirinya. Jarang ada orang yang akan memilih yang lebih sukar atau menyusahkan, kecuali ada alasan kuat untuk itu.
Pilihlah yang mudah.
Misalnya kita tinggal tidak berapa jauh dari tempat kita bekerja. Jika kita berjalan kaki menuju ke tempat kita bekerja, maka kita memerlukan waktu diantara lima belas dan dua puluh minit. Namun, kalau kita memiliki kereta, kita tentu lebih rela memilih untuk menaiki kereta ke tempat kerja. Sebab pergi ke tempat kerja dengan kereta memberikan lebih banyak kemudahan dibandingkan berjalan kaki. Perjalanan boleh jauh lebih cepat dan kita pun tidak berasa penat.
Adakalanya kesusahan tetap akan datang walaupun kita tidak memilihnya, sehingga kita terpaksa bersabar sedaya – upaya dalam menghadapinya. Dengan Ilmu dan pengetahuan, insyaallah kita boleh mengubah kesusahan menjadi mudah. Dengan kesungguhan, insyaallah kita boleh menghadapi setiap kesusahan yang datang, sehinggga kesusahan itu tidak akan memberi mudharat besar kepada diri kita. Dan paling penting, mintalah kepada-Nya, kerana Tuhan juga tidak ingin menyusahkan kita.
Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan DIa tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran [ Al-Baqarah 2: 185 ]
Dalam beberapa hadis dijelaskan bahawa Rasulullah lebih suka memilih yang lebih mudah dalam melakukan sesuatu. Baginda juga menasihati para sahabatnya untuk menyampaikan Islam dengan cara yang baik dan tidak menyebabkan orang lain lari. Sayidatina Aisyah r.a menjelaskan bahawa Rasulullah sendiri menyukai pilihan yang lebih mudah dalam beramal.
Aisyah r.a. berkata, “Apabila Rasulullah SAW disuruh memilih antara dua perkara, nescaya Baginda memilih yang lebih mudah antara kedua – duanya, selagi itu bukan dosa. Adapun jika itu adalah dosa, maka Baginda adalah orang yang paling jauh daripada dosa [Riwayat Bukhari dan Muslim]
Yang lebih mudah itu disukai oleh manusia dan dipandang baik oleh agama, selagi ia tidak mengandungi  dosa. Walaupun begitu, jika ada kesusahan yang datang menjelma, Islam mengarahkan umatnya tidak mengeluh dan bersabar dalam menghadapinya. Kerana kesusahan itu hanyalah bersifat sementara. Setelah berlalunya kesusahan, tentu akan datang kesenangan.
Sebagaimana manusia lebih menyukai kesenangan berbanding kesusahan, Islam juga tidak menghendaki kesusahan bagi manusia. Islam memang memberikan perintah dan larangan yang membuatkan kita berasa dalam kesusahan. Tetapi disebalik semua itu, sebenarnya ada kemudahan bagi orang – orang yang beriman. Yang penting adalah jangan kita ragu – ragu.
Jangan sesekali menyangka Allah menghendaki kesusahan dan keburukan bagi manusia. Sekiranya Dia memang ingin menyusahkan manusia, maka hidup ini sama sekali tidak akan ada harapan.. =)
lupakan kesusahan
lupakan kesusahan

p/s Jika ada perkongsian jom la ..ikuti skali .. =)

PUTUS CINTA atau CINTA DI TOLAK

Istilah ini sering kita dengari bukan?
Ianya ibarat satu perkara norma dalam kehidupan ini. Setiap individu pasti punya cara tersendiri untuk melalui ketika mana cinta di tolak dan juga putus cinta. Adakalanya, kita merasakan terlalu sakit, down, sedih dan banyak lagi perasaan yang negatif ini. Saya juga seperti anda, pernah melalui saat-saat yang menyakitkan ini. Kadang-kadang, saya merasa seperti “mayat hidup”. Mencari-mencari bilakah waktu kesedihan ini akan sampai ke akhirnya?
putus cinta

Putus Cinta

Adakalanya seperti sudah tiada jalan penyelesaiannya. Ramai individu, rakan-rakan di sekeliling adakalanya memberi nasihat, namun kadang-kadang nasihat mereka mungkin menambahkah kesakitan luka di hati yang mana di ibaratkan mencurahkan lagi cuka di atas tempat yang luka itu. sakit bukan?
Ya, saya juga seperti anda. Pernah melalui semua ini. Jika hari ini anda merasakan semua itu, saya di sini ingin mengajak anda bangun bersama saya, berdiri dan melangkah meneruskan kehidupan ini. PUTUS CINTA? CINTA DI TOLAK? itu bukan pengakhiran hidup kita. Inilah yang Allah hadiahkan untuk kita iaitu ujian. Kerana apa Dia anugerahkan semua ini?
KERANA DIA SAYANG PADA KITA, DIA INGIN KITA KEMBALI PADA-NYA, MENGADU KEPADA-NYA.
Cinta itu satu fitrah. Tidak ada siapa pun yang dapat menghalang hati kita ini untuk kita merasakan mencintai dan di cintai. Setiap individu pasti inginkan semua ini. Namun, dunia kini, ramai yang mewarnai cinta dengan perkara-perkara ilusi dan fantasi. Kebanyakan daripada kita, apabila bercinta pasti ingin ber dating, bermesej, bergayut sehingga lewat malam di telefon.
Dan adakalanya terpaksa berhabis duit untuk mereka yang kita cintai ini. Untuk memberi hadiah kepada orang yang dicintai ini tidak salah, tetapi yang dimaksudkan berhabis duit ini adalah apabila kerap kali keluar dating, SMS dan juga bercakap di telefon sepanjang hari. Bukan kah ini satu pembaziran? Inilah fenomena cinta masa kini.
Saat ini, detik ini, mari kita singkap kembali apa itu cinta pada kita? Adakah cinta itu apabila saling ambil berat, berduaan dan bermesra sebelum akad di lafazkan? Saya juga muhasabah diri tentang definisi cinta yang saya bawa sejak dulu. Namun kini saya sedar, sekiranya CINTA, pasti kita ingin orang yang saya cinta itu bersama saya berada di syurga, menuju ke syurga.
Mustahil jika dapat kita nyatakan kita menyayangi dan mencintai insan tersebut, tetapi pada asasnya kita membawa dia atau menolak dia ke dalam api di mana api itu terlalu panas berbanding di dunia ini yakni neraka jahanam. Jadi di sinilah, kita harus perbetulkan istilah cinta yang kita bawa kerana cinta itu adalah sesuatu yang cukup suci. Jangan kotorkan cinta itu dengan sesuatu yang tidak baik.

Kemudian, apa perlu buat jika cinta di tolak atau putus cinta? Ambil alkohol? Merokok? Bunuh Diri?

Ya, putus cinta atau cinta di tolak itu sangat perit dan sakit. Saya sendiri merasakan semua itu. Apabila terbangun dari tidur, tidak lain dan tidak bukan hanya satu impian saya agar menjadikan kesakitan itu hanyalah mimpi. Namun, jika berbalik kepada definisi cipta yang baru sahaja kita cipta sebentar tadi, wajarkah seseorang perempuan atau lelaki yang ingin ke syurga itu perlu bersikap lemah?
Sedangkan dalam ayat 2 surah al-ankabut, Allah menyatakan;
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedangkan mereka tidak di uji?
Jadi daripada apa yang ada dalam ayat itu, jelas lah kita akan di uji. Namun bagaimana untuk kita melalui ujian ini lah yang harus kita fikirkan. Saya juga insan yang lemah. Tetapi saat ini, kita harus sama-sama membina diri kita. Mungkin dengan putus cinta atau cinta di tolak ini, Allah ingin kita mendekatkan diri kepada-Nya dan meningkatkan iman kita.
Dulu sebelum terjadi kesedihan ini mungkin kita jarang sekali baca Al-Quran, Solat Sunat Malam dan berjemaah di Surau. Oleh itu, ambil lah peluang ini untuk kita kembali kepada-Nya secara istiqomah. Walaupun tidak mampu melakukan ibadah itu dengan kadar yang lebih, lakukanlah yang termampu dan istiqomah. Kerana Allah swt lebih suka jika kita istiqomah melakukan ibadah daripada melakukan secara berlebihan tetapi tiada istiqomah. Jadi, ini lah jalan utama untuk kita bina diri kita yang baru.
Seterusnya, carilah bahan bacaan yang dapat membina diri kita. Bukan hanya bahan bacaan mengenai cinta atau tips memperbetulkan hubungan cinta yang telah retak itu. Namun carilah sesuatu bahan yang boleh membuka minda kita tentang kasih sayang Allah kepada kita. Kadang-kadang apabila sesuatu bahan bacaan itu membuatkan kita bermotivasi dan bersemangat, bacalah ianya berulang kali kerana adakalanya diri kita ini kembali rebah dan bersedih.
Kemudian apabila kita kecewa seperti ini, kita pasti akan merasakan untuk menangis, meratapi dan bersedih. Ya, kerana saya pernah melalui semua ini. Persilakan untuk anda menangis dan sebagainya itu. Tapi, jangan pula berlarutan. Sibukkanlah diri kita dengan sesuatu yang bermanfaat seperti study, beriadah dan buatlah sesuatu yang mampu menenangkan hati.

Jangan terus berada dalam lingkungan kesedihan dan kekecewaan

Sedih dan kecewa itu perkara biasa. Namun, apabila saya sedih, saya selalu ingat yang Allah bersama saya. Ya, Dia tidak hanya bersama saya, tapi juga bersama kita semua. Ingat, senjata utama seorang mukmin itu adalah doa. Justeru, perbanyakkan doa.
Dan yang terpenting apabila kita kecewa atau sedih dengan keadaan putus cinta atau cinta di tolak ini, lepaskanlah semuanya. Jangan di fikir lagi tentang semua ini, teruskan kehidupan. Semua ini tak mudah. Kadang kala kita terfikir, siapa lagi yang nak kawin dengan aku?  Tapi, kita harus mencuba untuk kuatkan diri. Bagaimana?
seperti yang saya katakan tadi, lepaskan semuanya, jangan difikir lagi dan teruskanlah kehidupan kita. Dan pada ketika ini, ada sesuatu yang harus kita pelajari iaitu “KEIKHLASAN”. Ya, ikhlas lah. Apabila kita ikhlas, kita pasti melakukan semua itu hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah. Tanamkan ini dalam hati kita, sematkan niat untuk ikhlas ini. Pasti, saya dan anda semua akan merasakan satu ketenangan. Jangan di fikir lagi, siapa yang salah dan siapa yang betul dalam hal ini.
Jangan di fikir kenapa dia melakukan semua ini pada kita. Jangan difikir dengan siapa kita nak kawin dan adakah dia akan kembali lagi pada kita? Dia ini jodoh kita ke tak sebenarnya? Satu yang boleh saya katakan tentang setiap persoalan ini iaitu “sejauh mana pun kita fikir tentang semua ini, kita tidak akan menemui jawapannya”.
Jika anda bertanya, Mengapa? Jawabnya pemikiran manusia ini terbatas, kita tidak tahu sesuatu yang ghaib melainkan Allah Maha mengetahui. Kemudian, ikhlas lah dan yakinlah setiap apa yang kita lakukan sama ada baik atau buruk, Allah pasti akan membalasnya. Sematkan ini juga di hati kita. Kita tak boleh lemah.
Jagalah hubungan kita dengan Allah, Banyakkan zikir. Singkapkan kembali definisi cinta yang kita terapkan di minda dan jiwa kita. Jika benar mencintai, bukan dengan cara ber dua-duaan. Couple atau coupling bukan syarat untuk mengatakan dia adalah jodoh kita. Ramai yang ber couple tetapi selepas nikah setahun dua, dah bercerai. Adakah itu di namakan jodoh? Wallahua’llam.
Ya, putus cinta atau cinta di tolak ini memberi impak yang amat besar untuk saya dan saya tahu, untuk anda juga? sama-samalah kita muhasabah diri. ingat, setiap kesulitan pasti akan di sertakan dengan kemudahan. peganglah pada janji-janji Allah. Dia sentiasa dekat dengan kita. Sebagai penutup kita renungkan maksud ayat di bawah ini;
“dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” Surah At-Talaq ayat 2-3.