There was an error in this gadget

Monday, 31 December 2012

GELISAH :::

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan blogger semua.. Semoga di akhir-akhir tahun 2012 ni kita semua diberikan Allah kesihatan, keberkatan untuk meneruskan hidup mendatang.  Esok hari terakhir kita berada di tahun 2012.  Bertambah lagi usia kita.  Yang senja dah nak maghriblah pulak jadinya. Yang remaja mungkin dah merangkak ke alam dewasa dan begitulah seterusnya.

 Biasalah kita manusia tak boleh lari dari perasaan risau. Begitulah juga saya. Cuma bagaimana cara kita menerima risau tu saja berbeza, Sebagai orang islam tentu kita ada cara-cara bagaimana nak mengendalikan kerisauan yang melanda kita.  Banyak bersabar dan ingatlah Allah sentiasa akan menolong kita. Antaranya amalkan doa di atas semoga Allah ringankan apa saja penangunggan kita yang mengelisahkan hati.

Mari kita cuba fahami apa itu kerisauan atau kegelisahan. 

Gelisah ialah hati yang tidak tenteram, merasa khuatir, resah, tidak tenang. Kata Saidin Ali karramallahu wajhah: "cemas atau risau adalah lebih sukar dari kesabaran."

Suatu ketika seorang sahabat karib Rasulullah SAW iaitu Ibnu Masu'd didatangi seorang lelaki yang kelihatan dirundung duka nestapa.  Lelaki itu berkata kepada Ibnu Masu'd, "Saudara, berikanlah pada ku nasihat yang dapat aku jadikan penawar untuk jiwaku yang gelisah ini. Akhir-akhir ini jiwa ku tidak begitu tenteram, jiwa ku sentiasa gelisah, fikiran ku juga selalu kusut."

Ibnu Masu'd berkata, "Sekiranya itulah penyakit yang menimpa mu, hendaklah kamu bawa hati mu mengunjungi 3 tempat ini:

Pertama - tempat orang membaca al-Quran sama ada kamu membacanya atau kamu sekadar mendengar orang lain membaca ayat al-Quran

Kedua - Majlis ilmu, yang dapat mengingatkan kamu kepada Allah


Ketiga - carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadah kepada Allah dengan khusyuk dan tulus ikhlas."

No comments:

Post a Comment